Wednesday, 29 April 2015

Keputusan Piala AFC 29 April 2015

Keputusan Piala AFC 29 April 2015. Telah berlangsung dua perlawanan kumpulan G Piala AFC dimana turut melibatkan wakil negara iaitu Pahang. Pahang berdepan kelab dari Myanmar di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Perlawanan di Kuantan berkesudahan dengan pesta gol apabila mencatatkan keputusan 7-4 dimana kemenangan memihak kepada Pahang. Dickson Nwakaeme menjaringkan hatrik dalam perlawanan ini. Turut mencatat nama selaku penjaring adalah D Saarvindran , Hafiz Kamal dan Matias Conti.

[caption id="attachment_4280" align="aligncenter" width="273"]Piala AFC Piala AFC[/caption]

Pahang bakal berdepan Global FC di halaman lawan dalam perlawanan terakhir dan hanya perlu mencatat keputusan seri untuk layak ke pusingan kalah mati.

Pada satu lagi perlawanan di Stadium Mongkok, Hong Kong, pendahulu kumpulan, South China terus cemerlang merakam kemenangan kelima berturut-turut menewaskan kelab Filipina, Global 3-0. South China yang sudah layak ke pusingan kedua kalah mati di tangga teratas Kumpulan G dengan 15 mata diikuti Pahang 7 mata, Global 4 mata dan Yadanarbon 3 mata.

No comments: