Tuesday, 10 February 2015

NAFEA FAA IPOIPO LUKISAN TERMAHAL DUNIA RM1.06 BILION

NAFEA FAA IPOIPO LUKISAN TERMAHAL DUNIA RM1.06 BILION-Lukisan nafea faa ipoipo yang dilukis dan dihasilakn oleh paul gauguin di abad ke 19 telah di jual dengan harga cukup mahal dan paling mahal di dunia iaitu euro197 juta bersamaan dengan rm1.06 bilion.

Lukisan paling mahal dunia itu telah terjual di satu lelongan di switzerland,lukisan tersebut yang memaparkan dua orang wanita berbangsa tahiti sedang duduk yang dihasilkan oleh paul di pulau tropika pada hujung abad ke 19.

NAFEA FAA IPOIPO LUKISAN TERMAHAL DUNIA RM1.06 BILION


NAFEA FAA IPOIPO

Lukisan termahal dunia itu dimiliki oleh Rudolf Staechelin juga seorang pengumpul seni telah mengesahkan penjualan lukisan tersebut, Rudolf Staechelin berkata,oleh kerana harga yang ditawarkan begitu lumayan menyebabkan dia menjualnya.

Bagaimana pun, Rudolf Staechelin enggan mendedahkan identiti pembeli lukisan termahal itu namun ada desas desus mengatakan ianya dibeli oleh kerajaan qatar.

NAFEA FAA IPOIPO LUKISAN TERMAHAL DUNIA RM1.06 BILION-Menurut rekod dunia penjualan lukisan termahal dunia,ia sekali gus mengalahkan lukisan paling mahal sebelum ini iaitu berharga euro170 juta bersamaan dengan rm918 juta,lukisan yang dihasilkan oleh paul cezanne bertajuk the card players.

Apa pun,jelas sekali seni itu sangat bernilai!..

No comments: