Monday, 9 February 2015

Pembunuh Senyap (Silent Killer)

Pembunuh Senyap (Silent Killer) - Seperti yang kita sudah sedia maklum, membunuh merupakan satu kesalahan jenayah yang berat. Setiap agama melarang pengikutnya terlibat dalam aktiviti pembunuhan. Membunuh terbahagi kepada dua kategori iaitu membunuh secara terang-terangan atau membunuh secara senyap. Artikel kali ni hendak mengupas siapa pembunuh secara senyap ataupun Silent Killer.

Pembunuh secara senyap yang penulis maksudkan ialah perokok. Bagaimana perokok ini boleh menjadi Silent Killer? Seperti yang kita sudah sedia maklum, asap rokok yang dihembus keluar lebih bahaya berbanding yang dihisap masuk ke dalam paru-paru si perokok. Ini disebabkan oleh, asap yang disedut masuk sudah ditapis oleh penapis atau putung rokok yang berada di mulut. Jadi, asap yang dihembus keluar mempunyai kadar toksid yang tinggi berbanding yang disedut.


Perokok boleh dikategorikan kepada dua iaitu :

  1. Perokok Aktif : Orang yang menghisap rokok secara langsung

  2. Perokok Pasif : Orang yang dipaksa untuk menghidu asap rokok yang dilepaskan oleh perokok aktif


etg

Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Apakah kesan buruk akibat daripada merokok?

  1. Asap rokok basi memudaratkan kanak-kanak

  2. Rokok mengakibatkan mati pucuk

  3. Hubungan seks anda akan terganggu

  4. Merokok mengakibatkan strok

  5. Rokok mengakibatkan barah paru-paru


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telahmemutuskan bahawa merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Diantara hujah yang dikemukakan sehingga hukum merokok ini adalah haram ialah :

  1. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.


 

  1. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.


 

  1. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.


 

  1. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu: "Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah S.W.T mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri".


 

Sumber daripada : Portal Rasmi Fatwa Malaysia



 

Menurut Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”, ini jelas menunjukkan bahawa haram bagi kita terdedah dengan perkara-perkara yang merosakkan diri seperti merokok. Merokok bukan sahaja merosakkan diri sendiri tetapi juga merosakkan diri orang-orang disekeliling kita. Penulis menyarankan agar jauhkanlah diri kita daripada tabiat merokok. Yang sudah merokok tu cubalah untuk berhenti dan yang belum merokok, janganlah terjebak dengan rokok. Jangan biarkan sesuatu yang haram masuk dalam badan kita. Semoga kita terhindar daripada segala wabak penyakit dan perkara-perkara yang merosakkan diri, akhlak serta agama kita. WALLAHUA’LAM.

 

 

No comments: