Friday, 11 September 2015

CIRI TERBARU iPHONE 6S DAN iPHONE 6S PLUS

CIRI TERBARU iPHONE 6S DAN iPHONE 6S PLUS | Apple telah membuat pengumuman mengenai produk utama mereka dan telah mengemaskini telefon pintar, iaitu Apple iPhone 6S dan  iPhone 6S Plus.

Rekaannya masih lagi seperti iPhone 6. iPhone 6S menggunakan skrin bersaiz 4.7-inci manakala iPhone 6S Plus menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci.

Terdapat  “features” dan ciri terbaru bagi kedua peranti ini iaitu.

1.iPhone 6s memiliki variasi warna baru iaiturose gold.

2.Motion Wallpaper

Menurut Apple, Motion Wallpaper yang terdapat di dalam peranti ini kompleks dari apa yang pernah dilihat pada smartphone lain.

3.iPhone 6S dan juga iPhone 6S Plus membawakan kamera belakang 12-megapixel iSight, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Bagi mengambil gambar selfie, Apple menggunakan skrin pada iPhone 6S dan iPhone 6S Plus untuk memaparkan cahaya berwarna putih ketika merakamkan gambar selfie bagi mengelakkan rakaman selfie anda menjadi gelap ketika keadaan malap.

4.Anda juga boleh mengambil rakaman video dalam bentuk 4K.

5.Live Photo

Fungsi ini membolehkan anda merakamkan gambar dengan tambahan beberapa saat dalam bentuk video – dan boleh menontonnya dengan menekan pada gambar berkenaan

6.Fungsi 3D Touch

Melalui 3D Touch, pengguna dapat menekan skrin pada sesuatu ikon, dan akan memaparkan beberapa menu akses pantas.

Sumber- sajakongsi.com / amanz.my

No comments: