Thursday, 10 September 2015

KETABAHAN MAK CIK HENDON BUAT AIR MATA MENITIS

KETABAHAN MAK CIK HENDON BUAT AIR MATA MENITIS | Walaupun cacat penglihatan, Mak Cik Hendon yang berusia 75 tahun gigih demi menyara kehidupannya.

Mak Cik Hendon akan menyorong gerainya sejauh 200 meter untuk menjual makanan ringgan di  Jalan Hassan, Kampung Sungai Udang, Klang.

Kisah Mak Cik Hendon mempunyai tiga orang anak ini telah mendapat perhatian dari pihak penyampai Sinar FM iaitu  Abby Fana, Kak Engku, Sallih Yaacob dan Krill.

Abby Fana berpeluang melihat sendiri kisah Mak Cik Hendon dan perniagaannya.  Mak Cik Hendon memberitahu bahawa tujuan dia berniaga  adalah demi menyara kehidupan diri dan tidak mahu mengemis.

 “Pendapatan saya dekat sinilah. Nak harapkan anak, dia pun banyak komitmen lain” kata Mak Cik Hendon.

Salih Yaacob, Raja Azura dan Krill Rashid juga turut membawa bekalan makanan ringan supaya boleh dijual oleh Mak Cik Hendon.

Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan bebanan hidup Mak Cik Hendon.

Sumber-sajakongsi.com

No comments: