Sunday, 17 May 2015

PUNCA TERJADINYA KANSER RAHIM

PUNCA TERJADINYA KANSER RAHIM-Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin atau kandungan. Organ ini berbentuk seperti buah pear dan terdiri daripada bahagian badan (uterine body) dan bahagian pangkal rahim (serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim dipanggil istmus. Punca yang pasti terjadinya kanser rahim ini masih belum dapat dikenalpasti, namun penyakit ini melibatkan adanya peningkatan kadar estrogen. Di mana, salah satu fungsi estrogen yang normal adalah untuk merangsang terjadinya pembentukan lapisan ‘epitel ‘pada rahim.

PUNCA TERJADINYA KANSER RAHIM


kanser serviks

Kanser rahim merupakan tumor ganas yang terdapat pada lapisan rahim (endometrium). Kanser rahim biasanya terjadi selepas menopause dan sering menyerang wanita yang berusia sekitar 40 hingga 60 tahun.

Ada beberapa faktor yang boleh menjadi punca seorang wanita itu menghidap kanser rahim. Berikut adalah beberapa punca yang berpotensi menyebabkan kanser rahim:

  • Tidak Melakukan Ujian Pap Smear


Melakukan ujian pap smear sangat penting untuk wanita agar mengetahui kesihatan pada rahimnya. Ramai wanita yang mungkin malu atau kurang menitikberatkan bahagian tubuh yang satu ini, yang mana pada akhirnya melakukan ujian pap smear bukanlah sesuatu perkara yang penting. Inilah yang menjadi salah satu punca kehadiran kanser rahim itu lambat dikesan.

  • Berusia Lebih 40 Tahun


Semakin bertambahnya usia pada seseorang, maka tubuh akan lebih mudah diserang pelbagai macam jenis penyakit. Anda yang berusia 40 tahun dan ke atas digalakkan bersenam secara teratur, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buhan yang mampu menjaga keseimbangan dalam tubuh serta membantu penghasilan semula sel di tubuh. Dengan pengambilan menu yang tepat dan sihat,secara automatik anda akan menjadi lebih sihat kerana sel tubuh selalu menjadi muda. Virus dan segala jenis penyakit tidak menyerang tubuh anda dengan mudah.

  • Sistem Ketahanan Tubuh Yang Tidak Kuat


Tidak semua orang mempunyai sistem ketahanan tubuh yang bagus. Namun, kebanyakan wanita yang normal biasanya mempunyai sistem ketahanan tubuh yang seimbang. Mereka yang dijangkiti HIV atau AIDS lebih mudah terkena penyakit kanser rahim kerana daya ketahanan tubuh mereka sangat lemah. Bahkan pelbagai virus lain boleh berkembang pesat dalam tubuh mereka.

  • Bertukar-Tukar Pasangan


Selain mudah diserang virus penyakit HIV atau AIDS, mereka yang kerap bertukar-tukar pasangan pasti lebih mudah terkena penyakit kanser rahim. Apatah lagi jika pasangan anda menghidap penyakit tersebut, maka penularan penyakit melalui hubungan seks pasti lebih mudah terjadi.

PUNCA TERJADINYA KANSER RAHIM




  • Merokok


Merokok juga dikatakan salah satu punca kanser rahim yang mungkin terjadi pada para perokok khususnya wanita. Biarkan ramai yang mengatakan rokok punya sejuta kenikmatan, namun kesan negatif di sebalik rasa nikmat itu tetap ada. Jika anda tidak mahu terdedah kepada penyakit kanser rahim dan segala macam penyakit berbahaya, segeralah berhenti merokok.

  • Pengambilan Pil Perancang Dalam Tempoh Yang Lama


Mengawal atau menunda kehamilan pada wanita sebaiknya dilakukan dengan nasihat doktor. Pengambilan pil perancang lebih dari lima tahun secara rutin, ternyata mendatangkan kesan yang buruk pada rahim wanita. Jadi, untuk mengurangkan risiko atau punca kanser rahim ini, sebaiknya anda merancang kehamilan secara semulajadi.

Semoga apa yang penulis kongsikan ini memberikan manfaat kepada para pembaca dan supaya kita dapat elakkan diri kita dan juga orang disekeliling daripada dijangkiti kanser rahim. Amalkan cara hidup sihat dan hindarkan diri daripada terjebak dengan aktiviti gejala sosial yang semakin merunsingkan saban hari. WALLAHUA’LAM...

Credit to : doctoroz

No comments: