Tuesday, 17 November 2015

LENOVO VIBE X3 KINI DILANCARKAN SECARA RASMI

LENOVO VIBE X3 KINI DILANCARKAN SECARA RASMI | Lenovo kini telah melancarkan sebuah lagi model baru iaitu  Lenovo Vibe X3. Didatangkan dengan 3 model yang berbeza dan setiap satunya mensasarkan golongan yang mementingkan kualiti audio pada peranti pintar.

Dua buah model ini  miliki skrin  5.5″ FHD dan  pemproses Snapdragon 808, RAM 3 Gigabyte  serta muatan dalaman 32/64 Gigabyte. Dari segi kamera pula, ia mempuyai 13 Megapixel kamera utama dan 8 Megapixel kamera hadapan. Mempunyai kemampuan mengambil video pada resolusi 4K.

Kedua model ini juga memiliki bateri yang berkapasiti 3600 mAh dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 2.0. Ia juga mempunyai  cip audio khas yang menyokong sistem audio Dolby Atmos serta pembesar suara stereo pada bahagian hadapan. Terdapat sebuah pengimbas jari di panel belakang.

Bagi Model ketiga pula, ia mampu dimiliki kerana menggunakan  pemproses MediaTek, RAM 2 Gigabyte dan muatan dalaman sebesar 16 Gigabyte.  Mempunyai kamera utama 13 megapixel dan 5 Megapixel kamera hadapan.

Baterinya pula berkapasiti 3400 mAh. Menyokong sistem audio Dolby Atmos dan mempunyai pegimbas cap jari.

Model baru ini akan mula dijual di China pada 24 November ini. Harga jualan adalah 2999 Yuan (~RM 2061) untuk model 64 Gigabyte, 2499 Yuan (~RM 1700) untuk model 32 Gigabyte dan 1899 Yuan (~RM 1300) untuk model yang menggunakan pemproses MediaTek.

Sumber-amanz.my

Lenovo-Vibe-X3-2-Mediatek

No comments: