Tuesday, 17 November 2015

INI KHASIAT MAKAN BAWANG PUTIH PADA KESIHATAN

INI KHASIAT MAKAN BAWANG PUTIH PADA KESIHATAN | Bawang putih berasal dari Asia Tengaj. Pada zaman Mesir Kuno, bawang putih dianggap suci kerana ia boleh meningkatkan daya tahan tubuh. Namun tidak semua orang suka makan bawang putih kerana rasa dan baunya.

Namun tahukah anda bawang putih mempunyai banyak manfaatnya. Antaranya ialah:

Anti bakteria dan antivirus

Bawang putih mempunyai sejenis bahan Allicin yang berfungsi sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Ia sangat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

Mengurangkan risiko kanser

Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

Mengandungi banyak iodin

Bawang putih mempunyai  banyak kandungan iodin  jadi ia amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

Membantu sistem pencernaan

Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

Mengurangkan risiko strok

Bawangputih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah sekaligus membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

Mengurangkan kolesterol dalam tubuh

Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah. Ia juga dapat mengurangkan risiko sakit jantung.

Sumber-wanista

[caption id="attachment_6728" align="aligncenter" width="400"] foto - google[/caption]

No comments: