Tuesday, 17 November 2015

10 CARA DIDIKAN DATO’ TERLAJAK LARIS

10 CARA DIDIKAN DATO’ TERLAJAK LARIS-Siapa tidak kenal usahawan kosmetik jenama D'Herbs yang kian meningkat naik namanya dengan moto “TERLAJAK LARIS” iaitu Dato’ Aliff Syukri. Kita seringkali dengar cerita tentang kejayaannya dalam menempuh pasaran kosmetik dengan produk-produknya yang memang terlajak laris sekarang ini dengan iklan-iklannya yang comel, lucu dan mempunyai cara tersendiri dalam mempromosikan produk. Namun kita tidak tahu tentang peribadinya semasa bersama keluarga. Di sini penulis hendak kongsikan cara-cara beliau mendidik anak-anaknya. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Mungkin dek kerana jutawan kosmetik ini pernah berasa susah suatu masa dulu, dia bersikap tegas untuk tidak memewahkan anaknya.

10 CARA DIDIKAN DATO’ TERLAJAK LARIS


Dato' Aliff mendidik anak

Ikuti 10 cara Dato’ Aliff Syukri dan isterinya mendidik anak-anak mereka:

  1. Dato dan datin tidak pernah beri telefon bimbit, tab, gadjet2 kepada anak-anak. Jadual anak-anak penuh dengan masa belajar bahasa cina, india, english, mengaji dll. Masa lebih yang ada akan diluangkan bersama keluarga.

  2. Anak-anak dibolehkan tengok tv hanya pada Hari Sabtu dan hanya 2 jam sahaja.

  3. Setiap kali makan di rumah akan makan bersama-sama duduk di lantai (bentang tikar), senang suap menyuap. Meja hanya sebagai syarat ada dalam rumah (kadang-kadang orang guna untuk berlakon).

  4. Dato’ pergi kerja bawa bekal dan wajib untuk anak-anak bawa bekal juga. Isteri yang masak, bibik hanya membantu. Sebab Dato’ percaya air tangan seorang ibu kepada anak-anak dan suami sangat bagus.

  5. Anak-anak sekolah swasta. Dato’ hanya bagi duit belanja RM 2 kalau nak beli aiskrim atau apa-apa. Sedangkan ibu bapa kepada kawan-kawan anak-anaknya bagi rm10/hari.

  6. Dato’ akan bawa anak-anak ke rumah anak-anak yatim 2 bulan sekali untuk anak-anak tidur sana dan rasai sama-sama kehidupan susah senang ank-anak yatim yang tiada ibu bapa dan tengok sendiri perasaan mereka bila terima sumbangan.

  7. Dato’ akan pastikan anak-anak tahu rasa susahnya nak cari duit. Latih anak2 alami sendiri. Bila anak-anak dah besar kalau nak kereta kena rasa dulu jadi pekerja stor dan ujian-ujian dari Dato’.

  8. Masalah bila anak-anak berkumpul dengan sepupu-sepupu mereka atau bila berada dalam keluarga besar ialah mereka akan persoalkan tiada mainan itu ini, tiada gadjet untuk mereka sebab Dato’ tak nak latih anak-anak dengan kemewahan dan mudahnya untuk dapat sesuatu.

  9. Dato’ percaya anak-anak yang berkualiti, bagus datangnya dari didikan ibu bapa. Ibu bapa guru yg pertama dalam kehidupan anak-anak. Guru-guru sekolah itu yg kedua. Bukannya kita suruh guru-guru 100% didik anak kita. Kita cuma usaha sekolahkan anak-anak dengan bagus.

  10. Datin percaya setiap anak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi jangan pilih kasih terhadap anak-anak.


10 CARA DIDIKAN DATO’ TERLAJAK LARIS


dato' aliff2

 

Sumber daripada: Ohbulan.com

No comments: