Tuesday, 17 November 2015

KEPUTUSAN MALAYSIA VS UAE

Keputusan Malaysia vs UAE 17 November 2015. Seperti diramal pasukan UAE sekali lagi mengutip tiga mata penuh ketika menentang Malaysia dibawah kendalian Ong Kim Swee. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam dilangsungkan dengan stadium kosong tanpa penonton. Ini merupakan perlawanan ke 7 Malaysia dalam aksi kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia kumpulan A.

[caption id="attachment_6735" align="aligncenter" width="300"]Malaysia vs UAE Malaysia vs UAE[/caption]

UAE terlebih dahulu dihadapan menerusi Omar Abdulrahman pada minit ke 22 sebelum hasil umpanannya membantu Ahmed Khalil untuk gol kedua UAE pada minit ke-52. Gol Malaysia dijaringkan oleh Baddrol Bakhtiar minit 58 apabila beliau menyambut sepakan percuma Safiq Rahim.

Keputusan ini meletakkan Malaysia kekal ditangga kedua corot kumpulan A dan bakal berdepan dengan Arab Saudi pada perlawanan terakhir kumpulan Mac 2016.

No comments: