Thursday, 12 November 2015

HUAWEI PERKENAL HONOR 7 TERBAHARU

HUAWEI PERKENAL HONOR 7 TERBAHARU | HUAWEI kini memperkenalkan satu lagi telefon pintar baharu iaitu Honor 7. Didatangkan dengan skrin bersaiz 5.2 inci dan rekaan unibody berasaskan logam.

Dengan skrin bersaiz 5.2-inci menjadikan ia mudah untuk dipegang.  Honor 7 juga mempunyai fungsi pengimbas cap jari yang sangat pantas. Satu sentuhan pantas  cukup untuk menjayakan fungsi ini.

Dari segi kamera pula ia mempunyai kamera 20 megapiksel dengan sokongan LED dwi-tona. Penggunaan LED dwi-tona juga membolehkan gambar yang dirakamkan dipancarkan dengan cahaya yang sesuai sama ada putih atau kejinggaan berdasarkan kepada persekitaran.

Terdapat penambahan baru iaitu Smart Key. Fungsi ini membolehkan pengguna menetapkan apakah yang ingin diakses ketika menekannya. Sebanyak tiga pilihan disediakan, iaitu untuk ketika menekannya sekali, dua kali, ataupun ketika tekan untuk seketika. Ini untuk memudahkan pengguna menekan Smart Key ketika ingin cepat mengambil gambar ataupun membuka aplikasi kegemaran.

Honor 7 juga mempunyai fungsi Voice Wakeup di mana ia membolehkan anda menetapkan suara dan jika anda tersilap letak telefon, anda boleh memanggilknya dan telefon tersebut akan menjawab.

Sumber-bharian.com.my

honor 7

No comments: