Definisi aurat menurut bahasa dan istilah syarak:
Menurut bahasa, aurat bererti keaiban.
Manakala pada istilah syarak pula, aurat didefinisikan sebagai bahagian-bahagian tertentu pada tubuh badan manusia yang WAJIB ditutup.
Jadi, aurat bermaksud bahagian-bahagian tertentu yang wajib dilindungi daripada pandangan orang yang bukan mahram. Mahram bererti orang yang haram dikahwini. Tujuan kewajipan menutup aurat ini adalah untuk melindungi maruah diri seseorang serta menjaga kesuciannya dan agamanya.
Bahagian-bahagian aurat bagi lelaki dan perempuan ialah:
Lelaki : Dari pusat hingga paras lutut.
Perempuan : Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.
Namun, bagi pasangan suami isteri, tiada aurat pada mereka. Ini bermaksud, suami boleh melihat seluruh tubuh badan isteri tanpa seurat benang dan begitu juga isteri boleh meilhat seluruh tubuh suami tanpa seurat benang. Penulis tekankan HANYA suami dan isteri sahaja yang dikecualikan aurat pada mereka. Bagi orang lain masih ada aurat tidak kira ayah dan anak perempuan, ibu dan anak lelaki, adik-beradik yang sudah aqil baligh dan sebagainya. Cuma bahagian aurat itu tidak sama dengan yang bukan mahram. Apakah batas aurat wanita untuk mahramnya? Siapakah golongan yang mahram bagi wanita? Penulis akan kupaskan persoalan itu di artikel yang akan datang.
Dibolehkan lelaki yang bukan mahram untuk melihat aurat wanita dalam beberapa keadaan tertentu:
- Ketika hendak meminang. Kadar sempadan aurat hanyalah muka dan tapak tangan sahaja.
- Ketika berjual beli.
- Doktor atau tabib yang bertujuan untuk mengubat.
- Ketika hendak menjadi saksi.
- Ketika mengajar.
Terdapat perbezaan pendapat oleh ulama’ mazhab tentang bahagian-bahagian aurat pada wanita dan penulis akan bentangkan perbezaan pendapat itu pada artikel yang akan datang. Biar sedikit asalkan kita istiqamah. Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment