Samsung Galaxy Note Edge yang dikeluarkan oleh syarikat Samsung Malaysia Electronic (SME) merupakan produk telefon pintar terbaru dengan teknologi yang canggih dan termaju disamping mempunyai bentuk rekaan yang unik selari dengan permintaan oleh pengguna di Malaysia yang kebanyakannya menginginkan reka bentuk yang simple tetapi menarik serta kemas.
SAMSUNG GALAXY NOTE EDGE MULTI WINDOW Y SUPER AWESOME!-Menurut kenyataan yang diambil daripada Lee Jui Siang iaitu Naib Presiden Mudah Alih, IT dan Pengimejan Digital SME, beliau berkata bahawa penghasilan Galaxy Note Edge menjadikan Samsung pemangkin kepada pasaran baru dan budaya telefon pintar. Menurutnya lagi, diantara ciri-ciri baru yang terdapat pada Galaxy Note Edge ialah di dalamnya terdapat cara baru untuk mengakses maklumat, pengendalian peranti mudah alih serta menonjolkan personaliti dan cita rasa pengguna.
Samsung Galaxy Note Edge ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM 2, 999 berserta dua pilihan warna yang sangat menarik iaitu 'Charcoal Black' dan 'Frost White'. Selain itu, peranti mudah alih itu juga menawarkan fungsi terbaru dan tercanggih iaitu Curved Edge memudahkan pengguna menukar muzik, menghentikan video dan mengawal aplikasi lain dengan mudah disamping fungsi-fungsi lain yang dipertingkatkan kualiti serta kemampuannya seperti Multi Window menerusi skrin 5.6 inci Quad dengan paparan HD Super AMOLED yang membolehkan aplikasi diakses secara penuh, berasingan dan 'pop-up’.
GALAXY NOTE EDGE MULTI WINDOW Y SUPER AWESOME!
Tambahan pula, melalui namanya sahaja iaitu ‘Galaxy Note Edge’ sudah menunjukkan kelainan bagi telefon pintar ini yang mempunyai skrin tepi melengkung dan merupakan fungsi paling inovatif juga direka untuk membolehkan akses pantas pengguna kepada aplikasi menggunakan jari walaupun pelindung skrin ditutup. Lebih menarik, Curved Edge ini memudahkan pengguna menukar muzik, menghentikan video dan mengawal aplikasi lain dengan mudah.
Fungsi lain yang sangat menarik yang terdapat dalam Galaxy Note Edge ini ialah fungsi Photo Note yang membolehkan pengguna beralih daripada nota tulis tangan kepada fail yang mudah disunting dan dikongsi.
Menggunakan pemproses 2.7 GHz Quad Core, model baharu untuk pasaran Malaysia itu, ditawarkan dengan kamera depan 3.7 megapiksel (MP) + F1.9 untuk Selfie (90 darjah) serta Wide selfie (120 darjah), manakala kamera belakang dengan 16MP + Smart OIS/Fast AF.
Sememangnya Galaxy Note Edge sangat sesuai digunakan bagi sesiapa yang kesuntukan masa tetapi perlukan kepada penulisan nota untuk mencatat segala maklumat dengan pantas. Awesome bukan? Jom dapatkannya sekarang!
No comments:
Post a Comment