Wednesday, 29 April 2015

DUBSMASH JADI KEGILAAN NETIZEN

DUBSMASH JADI KEGILAAN NETIZEN - Tergelak kami melihat gelagat selebriti tempatan jumping on the vibes wagon dengan trend video aplikasi Dubsmash yang kini trending di laman Instagram. Macam-macam ragam dan gaya, menonjolkan sisi lain mereka, selain di pentas persembahan atau di depan kamera.

Sporting sungguh semuanya. Paling tidak disangka telatah Tok Ti yang memuatnaik video dengan suara anak comel, “Do you think I’m cute?”. Nyata pengikutnya yang berjumlah 1.4 juta itu geli hati melihat sikap penyanyi legenda hidup ini.

bOLEH TENGOK SINI

http://extra.tonton.com.my/entertainment/selebriti-gila-buat-instavideo-comel-kelakar-dubsmash/

Sejak kebelakangan ini, aplikasi Dubsmash menjadi kegilaan netizen sehingga akaun Facebook dan Instagram kita dibanjiri dengan video ini. Apakah itu Dubsmash sebenarnya?



Dubsmash adalah aplikasi ‘lip syncing’ yang membolehkan pengguna telefon pintar memilih petikan lagu ataupun petikan rakaman audio terkenal dari filem, rancangan TV dan lain-lain dalam berbagai bahasa untuk rakaman video sendiri.

Klip itu kemudian boleh dikongsi melalui WhatsApp, Facebook, dan Instagram. Nak jadi Mariah Carey? Taylor Swift ataupun Minion? Aplikasi ini boleh menjadikannya kenyataan!

Bukan satu, dua tetapi beribu – ribu pengguna telefon pintar dari seluruh dunia menggunakan aplikasi Dubsmash ini.





Walaupun aplikasi ini boleh menyebabkan ketagihan, ada sesetengah berpandangan aplikasi ini cukup baik untuk meredakan tekanan.

Nampaknya, selebriti terkenal seperti Hugh Jackman, Khloe Kadarshian, Kylie Jenner, Chrissy Teigen, Mitchell dan Ashley Benson turut terpengaruh dalam budaya Dubsmash ini.







Malah, bukan sahaja artis antarabangsa, artis tempatan seperti Siti Nurhaliza, Nora Danish turut terlihat menggunakan aplikasi Dubsmash ini.



Jika anda masih belum mencubanya, anda boleh memuat turun aplikasi Dubsmash yang disediakan di iOS dan Android hari ini.

 

No comments: