BAGUSNYA KANDUNGAN SAYUR DI DALAM DARAH - Secara amnya, setiap sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi pelbagai kandungan yang boleh memujarabkan pelbagai jenis penyakit . Malahan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan ini dapat mengurangkan pengambilan ubatan sintetik yang mempunyai kesan sampingan.
SAYUR-SAYURAN merupakan makanan yang baik untuk kesihatan setiap individu kerana kandungan vitamin, mineral dan nutrisi yang tinggi terdapat di dalamnya,
Walau bagaimanapun, ramai di kalangan kita masih kurang mengetahui khasiat yang diperolehi akibat pengamalan sayur-sayuran dan buah-buahan ini, kerana kurangnya pendedahan yang diberikan. Di sini terdapat beberapa jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah dikenal pasti mempunyai khasiat dari segi perubatan.
Walaupun memberi seribu satu manfaat terhadap kesihatan tubuh, namun masih ramai individu yang kurang gemar mengambil sayur-sayuran dalam diet harian mereka.
Menurut pensyarah daripada Universiti Cambridge dan Southampton, London,Tom Ashmore, golongan tersebut dianggap rugi kerana sayur berperanan penting dalam pengaliran darah dan memastikan oksigen disalurkan secara efektif ke seluruh tubuh.
“Kandungan nitrat yang ditemui di dalam sayur mampu membuka dan melebarkan pembuluh darah yang berperanan penting dalam menghindarkan tubuh daripada terkena angin ahmar dan serangan jantung.
Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi di mana keempat-empat penyakit ini merupakan penyakit yang telah dikenal pasti yang mencatatkan kematian yang paling tinggi.
“Selain itu, ia juga mampu menukar sel lemak putih menjadi sel lemak coklat yang mampu membakar lemak dan akhirnya mengelakkan obesiti daripada berlaku,” ujarnya,
Jelas Ashmore, bagi menggalakkan pengambilan sayur-sayuran di dalam diet harian, individu boleh pelbagaikan hidangan tersebut dengan beberapa cara seperti mengolah sayur-sayuran kepada jus, salad dan sebagainya.
Disini bermaksud sayur bukan sahaja membantu untuk menghalang penyakit namun sesuai untuk orang yang hendak kurus, Selepas bersenam digalakkan makan sayur atau buah untuk mengelakkan kandungan asid dan liang terbuka untuk menerima lemak. Jika gantikan lemak kepada sayur protein. Maka mudah untuk kuruskan badan. Muscle cepat mengembang dan baik sekiranya kita selalu ke gym sesuai untuk orang yang mahu bina badan. Gymnasium!

No comments:
Post a Comment