Monday, 26 January 2015

KAWAL TEKANAN DARAH ANDA

KAWAL TEKANAN DARAH ANDA-Tekanan darah tinggi adalah punca paling jelas bagi penyakit jantung. Ini kerana pabila tekanan darah anda berada dalam julat yang sihat, anda akan mengurangkan tekanan pada jantung, arteri dan buah pinggang anda yang mana menjadikan anda lebih sihat dalam jangka masa yang lama.

periksa-tekanan-darah

Tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai hipertensi. Ini bermaksud darah yang mengalir dalam arteri anda mengalir dengan daya yang terlalu tinggi dan memberi tekanan kepada arteri anda, meregangkan melangkaui hadnya yang sihat dan menyebabkan koyakan mikroskopik (koyakan halus). Badan kita kemudiannya bertukar kepada mod penyembuhan untuk membaiki koyakan ini dengan tisu parut. Namun begitu, tisu parut ini memerangkap plak dan sel-sel darah putih yang boleh membentuk sumbatan, darah beku, dan arteri yang mengeras dan lemah.

Dengan mengekalkan tekanan darah anda dalam julat yang sihat, anda telah mengurangkan risiko untuk melampau regangkan atau mencederakan dinding salur darah anda, mengurangkan risiko sumbatan yang juga melindungi jantung dan otak anda serta melindungi seluruh badan anda supaya tisu-tisu anda mendapat bekalan tetap darah yang kaya dengan oksigen yang diperlukannya.

Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal amat merbahaya kerana ia boleh mencederakan atau membunuh anda. Ianya adakalanya digelar “pembunuh senyap” kerana tiada tanda menunjukkan anda mengalami tekanan darah tinggi. Lebih kurang 80% penduduk dunia pernah mendapat hipertensi dalam hidup mereka dan satu daripada tiga orang dewasa mempunyai tekanan darah tinggi namun ramai yang tidak menyedari tentangnya. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal membunuh ramai orang dan mendatangkan huru-hara pada banyak mereka yang masih hidup kerana ia menyebabkan penyakit jantung dan angin ahmar (strok).

darah

Sumbatan dan darah beku bermaksud darah kurang sampai ke organ-organ penting kita, dan tanpa darah, tisu-tisu akan mati. Itulah sebabnya tekanan darah tinggi boleh membawa kepada angin ahmar, serangan jantung, kegagalan buah pinggang, serta kegagalan jantung untuk berfungsi.
Apa Yang Boleh Saya Lakukan Untuk Mengurangkan Tekanan Darah Saya?
Ini satu berita baik! Tekanan darah tinggi adalah boleh diurus atau dikawal. Tidak kira tekanan darah anda adalah tinggi atau normal, penambahbaikan gaya hidup di bawah memberi pelan hidup jantung sihat yang bagus untuk kita semua.

Tambahan lagi, perubahan-perubahan ini boleh menurunkan tekanan darah anda tanpa menggunakan sebarang ubat preskripsi dengan makan makanan yang sihat merangkumi pengurangan garam dalam makanan, menikmati aktiviti fizikal tetap dan mengekalkan berat yang sihat serta mengurus tekanan, tidak mengambil alkohol, dan mengelak asap tembakau.

No comments: