
SIJIL HALAL SECRET RECIPE DITARIK BALIK | Sijil Halal Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd telah ditarik balik setelah mendapati pihak mereka melanggar manual prosedur pensijilan halal yang membabitkan kesalahan kebersihan dan Amalan Pengilangan Baik (GMP).
Menurut Hakimah Mohd Yusoff yang merupakan Pengarah Hab Halal JAKIM, penarikan ini tidak disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk.
"Penarikan balik sijil halal itu sudah berkuatkuasa sejak 7 Mei lalu. JAKIM sudah memanggil syarikat berkenaan dan mereka sudah berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan itu sehingga mengakibat sijil pengesahan halal ditarik balik," katanya.
Beliau turut memberitahu, penarikan balik sijil itu tidak menghalang syarikat untuk memohon semula sijil halal selepas pembetulan dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia. - hmetro
No comments:
Post a Comment