Monday, 25 May 2015
MAYAT REPUT TERCERAI TIGA BAHAGIAN DIJUMPAI
MAYAT REPUT TERCERAI TIGA BAHAGIAN DIJUMPAI | Satu mayat reput dijumpai dipercayai seorang warga asing tanpa izin ( PATI ) di bawa keluar dari kawasan perkuburan PATI di Bukit Wang Burma, Wang Kelian petang tadi.
Mayat tersebut dibawa turun selepas 7 pegawai dan 24 anggota forensic polis memulakan perjalanan ke lokasi kem tersebut. Ujar Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Rizani Che Ismail.
"Mayat yang tercerai dalam tiga bahagian itu ditemui dalam sebuah bangsal dalam salah satu kem PATI yang hanya terletak 1,500 meter dari kawasan sempadan Malaysia-Thailand," katanya kepada pemberita di Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am (PGA) Wang Klian di sini, sebentar tadi.
Ujarnya lagi, mayat reput tersebut ditemui dalam keadaan bahagian bawah badan masih lengkap berkain sarung.
"Perjalanan mendaki memakan masa dua jam hingga ke puncak dan tiga jam berikutnya untuk pasukan itu melakukan pemeriksaan kepada mayat itu," Ujarnya.
Barang lain turut ditemui adalah selimut, seluar panjang dan dua pakaian panas.
"Jantina mangsa dan sebab kematian masih tidak dapat dipastikan dimana kita akan menyerahkan kepada pihak patologi untuk tindakan selanjutnya," katanya lagi.
Rizani menjelaskan misi pada hari ini adalah hanya untuk membawa keluar mayat itu sahaja manakala penggalian kubur dalam kawasan itu hanya akan dilakukan pada esok.
Sumber-hmetro online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment