Thursday, 30 April 2015

BAYI DITINGGAL DALAM SURAU

BAYI DITINGGAL DALAM SURAU - Bayi ditinggalkan dalam surau | Seorang pekerja kilang yang singgah di sebuah stesen minyak berhampiran Lebuh raya Grand Saga terkejut mendengar suara tangisan sebelum menemui bayi lelaki dalam surau stesen minyak terbabit, kelmarin. Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, wanita berusia 24 tahun berkenaan dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kajang singgah di stesen minyak terbabit untuk ke tandas.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pemeriksaan ke atas bayi lelaki berkenaan mendapati dia mungkin dilahirkan dua minggu lalu sebelum ditinggalkan di dalam surau terbabit. “Siasatan masih dijalankan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik stesen minyak berkenaan selain meminta saksi untuk tampil memberi maklumat. “Bayi malang itu sudah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat dengan berat 3.32 kilogram,” katanya. -Metro

Kajang: Seorang pekerja kilang yang singgah di sebuah stesen minyak berhampiran Lebuh raya Grand Saga terkejut mendengar suara tangisan sebelum menemui bayi lelaki dalam surau stesen minyak terbabit, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, wanita berusia 24 tahun berkenaan dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kajang singgah di stesen minyak terbabit untuk ke tandas.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pemeriksaan ke atas bayi lelaki berkenaan mendapati dia mungkin dilahirkan dua minggu lalu sebelum ditinggalkan di dalam surau terbabit.

“Siasatan masih dijalankan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik stesen minyak berkenaan selain meminta saksi untuk tampil memberi maklumat.

“Bayi malang itu sudah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat dengan berat 3.32 kilogram,” katanya.

No comments: