Phablet Fonepad 7 ASUS Terbaru Yang Sangat Murah!- Dunia yang serba canggih ini menawarkan pelbagai jenis teknologi termasuk gadget yang mempunyai pelbagai fungsi bagi memudahkan urusan seharian manusia.
Terkini, syarikat ASUS telah memperkenalkan sebuah phablet 7-inci dengan sambungan 3G berserta fungsi telefon pintar dua sim yang dikenali dengan nama Fonepad 7.
Apa yang menarik berkenaan ASUS Fonepad 7 ini ialah ianya didatangkan dengan rekaan terbaharu sepenuhnya yang lebih tipis dengan ketebalan 7.9 mm sahaja dan dengan berat 280gm iaitu 10gm lebih ringan berbanding model Fonepad 7 sebelumnya. Rekaan ini akan memudahkan pengguna untuk memegangnya dan mudah untuk digunakan.
Fonepad 7 ini juga dipadankan dengan kamera belakang dengan resolusi 8MP autofokus bersama kanta bukaan f/2.4 dan penapis optikal kaca biru yang mempertingkatkan mutu serta prestasi kamera. Selain itu, produk terbaru ASUS ini merupakan phablet pertama keluaran syarikat itu yang dilengkapi dengan mod Cahaya Rendah ASUS PixelMaster menjadikan Fonepad 7 ini berupaya merakamkan gambar yang jelas dan tepat walaupun dengan kadar pencahyaan yang sangat rendah.
ASUS Fonepad 7 baharu ini didatangkan dengan empat pilihan warna yang sangat menarik iaitu hitam, putih, emas dan merah yang mana setiap satu mempunyai tekstur unik yang menambah baik gaya dan menjadikannya mudah digenggam.
Fonepad 7 ini sangat unik dari segi pengelolaannya yang tertumpu pada paparan IPS 7-inci yang menzahirkan warna tepat dan meningkatkan kejituan bagi mutu gambar yang tidak setara atau anti-gegar serta menyediakan paparan 178 darjah untuk memudahkan pengguna berkongsi paparan di skrin dengan orang lain yang berdekatan.
Sebagai phablet 7-inci yang serba lengkap dan berupaya menjadikan ASUS berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan syarikat-syarikat telefon pintar terkemuka yang lain, ASUS Fonepad 7 ini dilengkapi dengan sistem dual sim di mana pengguna boleh memasukkan dua kad sim 3G dan sekali gus menjadikannya teman kerja yang akrab terutama ketika di luar negara bagi memudahkan penggunanya membuat panggilan ke mana sahaja sama ada kepada orang yang berada di dalam mahupun di luar negara.
Untuk makluman kepada semua peminat gadget atau telefon pintar, ASUS Fonepad 7 akan berada di pasaran mulai minggu kedua Februari 2015 ini dan dijual pada harga yang sangat murah dan berbaloi iaitu RM529 seunit.
No comments:
Post a Comment