Tuesday, 20 October 2015

RAHSIA KEMASINAN AIR LAUT

RAHSIA KEMASINAN AIR LAUT-Air laut memang dijadikan oleh Allah dalam keadaan yang masin sejak dari azalinya lagi. Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa air laut ini masin adalah kesan daripada air mata Nabi Adam (‘Alaihissalam) selepas dicampak oleh Allah keluar daripada syurga dan turun ke bumi dan baginda terpisah jauh dengan isteri baginda iaitu Hawa. Namun itu hanyalah cerita yang tidak tahu dari mana sumbernya. Tapi apakah hakikat sebenar pembentukan air laut yang masin?

RAHSIA KEMASINAN AIR LAUT


Fakta-Mengapa-Air-Laut-Masin

Setiap orang mesti pernah merasai keindahan pantai dan bayu laut yang terhasil. Namun bagi yang sering pergi ke pantai, pasti tahu air laut itu rasanya masin, bila anda tertelan. Lalu pernahkah anda bertanya, kenapa air laut rasanya masin?

Dari segi saintifiknya, sebenarnya air laut itu berasal dari air hujan yang turun, lalu mengalir ke sungai-sungai dan terakhir bermuara ke laut. Air laut akan mengwap menjadi awan, dan kemudian turun kembali menjadi air hujan melalui proses kondensasi (apabila awan yang sejuk bertemu dengan udara yang panas), begitu seterusnya. Sepanjang proses tersebut, air yang mengalir akan membawa garam-garam mineral, seperti natrium, kalsium, kalium dan lain lain.
Dari mana garam-garam mineral tersebut?

Kumpulan garam mineral tersebut diperolehi dari kerak bumi dan batuan yang dilalui sepanjang air mengalir. Ketika berada di laut, kumpulan garam mineral tersebut akan tetap tinggal di laut, sedangkan air akan kembali mengwap menjadi awan. Kumpulan garam mineral inilah yang membuat air laut menjadi masin.

RAHSIA KEMASINAN AIR LAUT


air laut jernih
Keadaan suhu yang berbeza-beza menyebabkan tingkat kemasinan air laut di setiap bahagian di dunia akan berbeza. Sebagai contoh, anda boleh melihat Laut Mati, kerana suhu yang panas, maka proses pengewapan yang terjadi pun lebih besar, sehingga tingkat kemasinan air lautnya semakin tinggi.

Laut Mati memiliki rasa air yang 9 kali lebih masin dibandingkan air laut pada umumnya, hal ini kerana disebabkan tingkat kadar garam Laut Mati lebih tinggi 30%.

Jadi air laut rasanya masin itu bukan kerana peluh si ikan yang berenang ya ataupun peluh org yang mandi di laut. Semoga bermanfaat. WALLAHUA’LAM...

 

No comments: