Gastrik terjadi kerana dinding permukaan dalam perut terhakis oleh asid gastric yang dihasilkan oleh perut untukmencernakan makanan. Sekiranya lapar,perut akan merembes asid gastric ini. Lalu andai tidak terdapat makanan didalam perut, ia akan membuatkan asid tersebut menghakis dinding permukaan perut. Proses ini berlaku berulang kali sehingga ia membuatkan dinding perut menjadi nipis.
Antara symptom awal anda akan merasa sakit ulu hati, rasa perut kembong, muntah dan rasa mual. Peringkat awal ia tidak bahaya namun sekiranya tidak dicegah ia akan menjadi serius sehingga boleh menyebabkan anda muntah berdarah.
Sekiranya anda seorang yang tidak menjaga waktu makan atau selalu stress ia akan menyebabkan perut mengeluarkan asid gastric dan menghakis dinding perut.
Bagi mengatasi masalah ini, pastikan anda mengambil makanan mengikut waktunya. Sekiranya berasa lapar, segeralah makan.
Anda yang menghadapi masalah gastric tak perlu risau kerana ia boleh disembuhkan. Apa yang perlu anda buat adalah menjaga waktu makan anda secara teratur. Elakkan minuman berkafein dan makanan pedas.
Jika anda tidak menjaga dan merawat gastric, ia boleh menjadi semakin teruk dan boleh membawa maut. Oleh itu, segeralah mulakan dengan langkah awal untuk mencegahnya.
Sumber-mummynemo
[caption id="attachment_6527" align="aligncenter" width="600"]

No comments:
Post a Comment