Thursday, 29 October 2015

KEPERCAYAAN KARUT PALING POPULAR DI KOREA SELATAN

KEPERCAYAAN KARUT PALING POPULAR DI KOREA SELATAN-Sejak dahulu kala lagi, pelbagai kepercayaan telah dipupuk dalam kehidupan masyarakat secara turun temurun yang bertujuan sama ada untuk menjadi pendinding diri daripada gangguan makhluk halus dan manusia jahat, murah rezeki, dapat anak yang ramai dan sebagainya. Setiap tempat mempunyai kepercayaan yang berbeza kerana kisah silam dan keadaan tempat yang berbeza. Kepercayaan karut ini hanyalah rekaan nenek moyang pada zaman dahulu dan ada sesetengahnya yang dapat disahkan serta dibuktikan secara saintifik manakala terdapat sebahagiannya yang sangat songsang dengan logik akal.

KEPERCAYAAN KARUT PALING POPULAR DI KOREA SELATAN


fan

Namun, apakah kepercayaan zaman dahulu itu masih lagi boleh diguna pakai di zaman yang serba moden ini? Itu semua terpulang kepada individu itu sendiri.

Tahukah anda, bukan masyarakat di Malaysia sahaja mempunyai kepercayaan seperti itu, di Korea Selatan juga terkenal dengan kepercayaan sedemikian dalam masyarakat mereka.

Berikut merupakan 10 kepercayaan karut yang popular di Korea Selatan:

1. Rama-rama boleh membutakan mata sekiranya individu itu memegangnya dan menyentuh mata mereka selepas itu!

2. Jika kerap bermimpi khinzir ketika tidur, itu bermakna individu tersebut akan menjadi kaya tidak lama lagi.

3. Laluan Deoksugung adalah laluan ‘berhantu’ kepada pasangan kekasih, mana-mana pasangan yang melalui kawasan itu akan berpisah.

4. Pemberian kasut sebagai hadiah akan membuatkan orang yang menerima itu pergi jauh dari hidup si pemberi.

5. Bersiul di waktu malam dipercayai boleh memanggil roh atau syaitan kepada mereka.

6. Kipas yang dipasang dalam bilik tertutup boleh membunuh individu yang sedang tidur di dalam bilik tersebut.

7. Menulis nama dalam warna merah adalah tanda berita buruk atau mati.

8. Melangkah bayi dipercayai akan membantutkan tumbesaran bayi terbabit.

9. Jika si isteri atau kekasih membiarkan pasangan menikmati kepak ayam, pasangan mereka akan ‘terbang’ pergi meninggalkan mereka kelak.

10. Seperti masyarakat Cina, nombor atau angka 4 akan membawa berita buruk kepada mereka.

KEPERCAYAAN KARUT PALING POPULAR DI KOREA SELATAN


The number 4

Kepercayaan karut ini adalah haram jika dipercayai atau diamalkan kerana dalam Islam terdapat qada’ dan qadar. Semua yang berlaku telah pun termaktub dalam kalendar Allah S.W.T yang dipanggil Luh Mahfuz. Jika seorang Muslim mempercayainya, maka dia telah mensyirikkan Allah dan hanya taubat nasuhah serta pengampunan Allah sahaja yang boleh memadamkan dosa tersebut. Nauzubillahi min zalik. Baca sebagai pengetahuan am boleh tetapi jangan mempercayainya apatah lagi mengamalkannya. WALLAHUA’LAM...

No comments: