Tuesday, 20 October 2015

PERUBAHAN WANITA BILA JATUH CINTA

PERUBAHAN WANITA BILA JATUH CINTA-Manusia dikurniakan dengan pelbagai rasa seperti rasa marah, sedih, gembira dan juga rasa jatuh cinta. Walaubagaimanapun rasa jatuh cinta itu berbeza bagi jantina malahan juga berbeza pada setiap orang. Ada yang jatuh cinta pada pandang pertama, ada yang jatuh cinta kerana wajahnya, ada yang jatuh cinta kerana akhlaknya dan sebagainya. Kebiasaannya, bila seseorang itu jatuh cinta, dia akan rasa gembira je. Hari-hari yang dilalui semestinya hendak melihat si dia. Bak kata orang dulu-dulu, tak dapat lihat orangnya, lihat bumbung rumah pun jadilah. Sememangnya perasaan jatuh cinta ini sangat menggembirakan lebih-lebih lagi bila dapat respon positif dari si dia. Lagi la berbunga jiwa.

PERUBAHAN WANITA BILA JATUH CINTA


cinta

Artikel kali ni hendak membicarakan perubahan pada wanita apabila dia jatuh cinta. WANITA, apabila jatuh cinta rasanya seperti pertama kali mengikuti kelas gym. Menyakitkan tapi banyak hal-hal luar biasa yang rasanya sukar untuk diungkapkan. Tak ramai yang memahami mengapa wanita sebegitu, kerana hanya segelintir mereka yang memahami. Cinta menjadi perasaan aneh yang membuat wanita boleh tersenyum sepanjang hari sehingga membuat mereka kelihatan seperti orang gila. Betul bukan? Berikut hal tentang cinta yang hanya dirasakan oleh wanita.

  1. Berubah memandang kebahagiaan


Ketika masih bergelar seorang gadis, wanita suka pergi ‘melepak’ dengan kawan-kawannya. Mereka menghabiskan masa menjalankan hobi dan membeli-belah. Namun, setelah bertemu jodoh, wanita lebih suka menghabiskan masa di rumah menonton drama/filem dengan pasangannya.

  1. Asyik menyebut nama kekasih


Bila wanita jatuh cinta, mereka akan bercakap tentang kekasihnya tanpa henti. Ini terjadi kerana lelaki selalu hadir di fikirannya. Malah, wanita selalu mewujudkan pertalian apa pun dengan lelaki tersebut.

PERUBAHAN WANITA BILA JATUH CINTA


cinta2

  1. Cemas bila terpisah dari kekasih


Kecemasan wanita berlaku amat cepat ketika terpisah dari kekasih, walau mereka baru bertemu beberapa jam yang lalu. Wanita benar-benar rindu dan merasakan kehidupan tidak lengkap bila kekasih tiada disampingnya.

  1. Tidak memahami kenapa orang lain tidak optimistik


Wanita yang sedang bercinta akan berfikir bahawa isi seluruh dunia ini mengagumkan, mereka menikmati hidup, dan segala keindahannya. Wanita hairan mengapa ada orang-orang yang tidak dapat menikmati hidup dan tidak menyedari sebenarnya mereka beruntung.

Jika anda merasakan perasaan sebegini maka anda benar-benar telah jatuh cinta. Cinta itu ibarat sambal belacan. Walaupun pedas, tetap ditelan jua kerana kemanisan yang tersirat itu tidak dapat dirasakan oleh lidah tetapi hati sahaja yang dapat merasakan keenakannya.

No comments: