Tuesday, 20 October 2015

TMJ MAHU FIFA SIASAT FAM

TMJ Mahu FIFA Siasat FAM. Nampaknya TMJ semakin lantang menyuarakan pandangan terutama berkaitan pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Terkini baginda meminta badan bolasepak dunia FIFA menyiasat FAM atas gagal menangani unsur rasuah dan masalah hak penyiaran hasil kerjasama FAM dengan syarikat hak media sukan terkemuka, MP & Silva.

Berdasarkan perjanjian dengan MP & Silva FAM akan menerima RM1.26 bilion dalam tempoh 15 tahun atau secara purata RM48 juta setiap tahun tetapi hanya 30 peratus daripada keuntungan itu atau RM1 juta setahun akan diagihkan kepada setiap pasukan bagi tujuan pembangunan. Jumlah itu adalah sangat kecil jika dibandingkan dengan RM17 juta setahun yang akan dinikmati FAM bagi menampung jumlah perbelanjaan liga.

[caption id="attachment_6400" align="aligncenter" width="295"]TMJ Tunku Ismail Tunku Ismail[/caption]

Memetik kata-kata TMJ

Mungkin FIFA perlu lakukan siasatan terhadap mereka kerana mungkin terdapat sesuatu gejala tidak sihat di dalam persatuan tersebut. Apa yang saya boleh katakan ialah mereka (FAM) tidak berminat untuk melonjakkan tahap bola sepak Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dan mereka hanya berminat mengenai jawatan dan kedudukan mereka sahaja. Kebanyakan kelab di negara ini dikendalikan oleh ahli politik dan mereka mengambil jalan selamat. Kamu (FIFA) boleh lihat keadaan yang tidak teratur dan masalah itu turut dibelenggu oleh persa­tuan-persatuan bola sepak yang lain,” - TMJ

No comments: