Tuesday, 20 October 2015

NAFI PERNAH BACA NOVEL AKU BOHSIA

Nafi Pernah Baca Novel Aku Bohsia. Pelakon dan juga pengarah filem terkenal Syamsul Yusof memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak pernah membaca dan memiliki novel yang bertajuk Aku Bohsia sebelum menerbitkan filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam.

bohsia jangan pilih jangan hitam

Kenyataan ini diberitahu beliau ketika pernyataan saksi dalam perbicaraan kes saman penulis novel Elias Idris terhadap Syamsul dan bapanya Datuk Yusof Haslam serta syarikat mereka berhubung dakwaan plagiat dimana filem itu didakwa penulisnya meniru novel berkenaan.

Dalam kes saman ini Elias selaku penulis novel Aku Bohsia menamakan Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Md. Yusof, sebagai defendan pertama manakala Md. Yusof Md. Aslam atau Yusof Haslam) sebagai penerbit filem defendan kedua dan syarikat Skop Production Sdn Bhd defendan ketiga

Sementara itu Shamsul menyatakan beliau mendapat idea untuk menghasilkan skrip filem itu daripada isu semasa iaitu isu mat rempit.

sumber Kosmo

No comments: