MAKAN TAUHU KURANGKAN RISIKO KANSER | Tahukah anda makanan seperti Tauhu mempunyai rendah lemak dan juga rendah kalori. Tauhu kaya dengan kalsium, protein dan lemak tak tepu sebagau sumber nutrisi yang lengkap.
Tauhu biasanya di goreng dan dimakan panas. Kadang kala dicampur ke dalam masakan. Tauhu ada dua jenis iaitu tauhu yang segar dan tauhu yang telah diproses.
Antara khasiat yang terdapat pada tauhu adalah dapat merendahkan risiko penyakit jantung. Merendahkan tahap kolestrol, mengurangkan risiko kanser prostat dan payudara serta simptom menopaus awal.
Jom amalkan makan tauhu!
Jom cuba masak tauhu bersama kacang buncis
Bahan Yang Di Perlukan :
1/2 sudu serbuk lada merah atau secukup rasa
-1 sudu teh dan 2 sudu besar tepung jagung dibahagikan
-1 bungkus tauhu keras ditoskan
-2 sudu besar minyak kanola, dibahagikan
-4 cawan kacang buncis dipotong dua
-1/2 cawan air
-1/2 cawan kicap kurang masin
-1 sudu besar pes tomato
-2 sudu teh cuka hitam (chinkiang) atau cuka balsam
-2 sudu teh gula
-4 ulas bawang putih dicincang
-2 sudu teh halia hidup dicincang
Cara Membuatnya :
Gaulkan 1/4 cawan kicap, pes tomato, cuka, gula, serbuk lada merah secukup rasa dan 1 sudu teh tepung jagung di dalam mangkuk kecil.
Potong tauhu sebesar dadu kemudian gaul bersama baki sudu tepung jagung.
Panaskan satu sudu besar minyak, masukkan tauhu dan susun sekata supaya meliputi seluruh permukaan kuali. Biarkan selama dua minit. Terbalikkan dan kacau perlahan. Apabila kekuningan, pindahkan ke dalam pinggan.
Masukkan baki satu sudu besar miÂnyak ke dalam kuali. Masukkan kacang buncis bawang Âputih dan halia. Tambahkan air, tutup dan Âmasak selama dua
hingga empat minit Âsehingga kacang buncis lembut.
Tambah baki campuran kicap. Teruskan memasak dan kacau selama satu minit sehingga kuah pekat. Masukkan tauhu dan masak selama satu minit.
Sumber-mummyneno
No comments:
Post a Comment