MINUMAN UNTUK KESIHATAN DALAMAN WANITA | Cantik bukan sahaja luaran, malah dalaman juga sangat dititik beratkan. Semuanya perlu dijaga. Bagi wanita, dalaman adalah penting. Terdapat beberapa minuman yang berkhasiat untuk penjagaan dalam. Antaranya adalah
1.Herba Bantu Pulihkan Bahagian Intim
Bahan-bahan:
1 ulas bawang putih} ditumbuk
7 biji ada hitam}
1 inci halia} ditumbuk
2 inci ibu kunyit}
1 sudu besar madu
1 biji telur ayam kampung
Cara membuat:
1. Pecahkan telur di dalam cawan.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk diikuti dengan telur.
3. Kemudian, masukkan madu. Kacau sehingga sebati.
4. Minum segelas sehari selama tiga hari berturut-turut terutama untuk ibu selepas melahirkan cahaya mata.
Khasiat:
Memanaskan badan, memberi tenaga dan memulihkan kecantikan serta kesihatan dalaman wanita.
2.Kunyit Dapat Mengecutkan Rahim
Bahan-bahan:
2 ketul kunyit
½ ketul halia
2 batang serai
½ ketul lengkuas
½ ketul temukunci
Sedikit garam
Air satu liter
Cara membuat:
1. Kisar semua bahan ini sehingga hancur.
2. Masak dengan air selama 40 minit hingga 1 jam.
3. Minum segelas kecil sehari.
Khasiat:
Sesuai diamalkan untuk ibu selepas melahirkan anak kerana ia membantu mengecutakan rahim di samping membanyakkan susu.
3.Halia Dapat Membuang Angin Dalam Badan
Bahan-bahan:
2 ketul halia} dihiris nipis atau diketuk
2 uncang teh
Gula perang secukup rasa
Air
Cara membuat:
1.Rendam teh dalam satu jag air panas sehingga kembang.
2. Masukkan halia diikuti dengan gula perang. Kacau sehingga sebati.
3. Boleh diminum dua gelas kecil sehari.
Khasiat:
Membuang angin dalam badan, membantu menghilangkan stres dan membuatkan anda lebih relaks.
4.Delima Bantu Kurangkan Kolestrol
Bahan-bahan:
½ sudu teh jus delima
1 sudu besar madu
1 gelas air suam
Cara membuat:
1. Kacau semua bahan ini sehingga sebati. Minum sekali sehari.
Khasiat:
Delima dikatakan sangat baik untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kolestrol dan lemak dapat dikurangkan secara perlahan-lahan. Ia juga membekalkan vitamin yang membantu kulit agar tampak lebih berseri serta cerah.
5.Kurma Memberikan Tenaga
Bahan-bahan:
5 biji kurma
1 gelas susu segar
1 sudu madu
Cara membuat:
1. Kisar semua bahan ini sehingga kurma hancur.
2. Minum sehari sekali, sangat elok diamalkan ketika perut kosong.
Khasiat:
Membuatkan badan cergas dan menaikkan seri wajah. Ia juga membanyakkan susu di samping melembapkan kulit.
sumber-mummynemo
No comments:
Post a Comment