RAHSIA LELAKI BERJAMBANG PALING SEKSI ! - Lelaki berjambang adalah lelaki paling seksi bagi sesetengah wanita. Kekacakan lelaki berjambang ini sangat terletak pada janggutnya. Percaya tak jika kami katakan, tiada siapa dapat membaca emosi lelaki yang berjambang kerana wajah mereka terlindung. Apa yang pasti lelaki berjambang memang seksi.
TIPS UNTUK LELAKI BERJAMBANG
Tips kali ini sesuai untuk lelaki yang mempunyai jambang. Tips ini mampu menjadikan penampilan anda nampak agi nampak kemas dan menarik. Tumbuhnya jambang kadang-kadang petanda ekspresi bebas anda,namun ia juga memerlukan komitmen. Untuk mendapatkan jambang yang kemas, bersih dan sihat, ada beberapa panduan yang perlu anda titik beratkan.
3 Tips Ringkas Lelaki Berjambang:
1. Potongan
Tunggu untuk beberapa bulan jika anda menginginkan bentuk jambang kesukaan.Membentuk dan mengemas jambang terlalu awal merupakan satu kesilapan.Biarkan ia tumbuh dengan ‘liar’ supaya menjadi lebih mudah untuk anda mengemas mengikut potongan kegemaran.
2. Syampu
Ramai antara anda jarang membasuh jambang meskipun sedang bersyampu. Elakkan membasuh jambang menggunakan sabun mandi. Penggunaan perapi membantu mengelakkan jambang menjadi kasar.
3. Trim
Walaupun anda mahu membiarkan jambang anda panjang, sebaiknya trim setiap dua bulan untuk mengelakkan jambang bercabang seperti rambut. Kemudian, rajin-rajinlah sikat ya supaya nampak kemas.
Jangan biarkan jambang anda serabut dan anda tidak menjaga kebersihan dalam menguruskan jambang anda. Ini kerana jika anda tidak menguruskan jambang anda secara kemas kemungkinan besar akan menganggu penampilan anda apabila berhadapan di khalayak ramai.
No comments:
Post a Comment