Tuesday, 31 March 2015

Keputusan Malaysia vs Jepun

Keputusan Malaysia vs Jepun 31 Mac 2015. Skuad bimbingan Razip Ismail gagal layak ke pusingan akhir Piala AFC 2016 di Qatar apabila sekadar menduduki tangga ketiga kumpulan I. Dalam perlawanan terakhir , Malaysia tewas 0-1 kepada Jepun.

Jepun mengutip mata penuh dengan tiga kemenangan untuk muncul juara manakala Vietnam ditanggan kedua. Dalam perlawanan menentang Malaysia, Jepun sekadar menurunkan 4 pemain utama mereka dan Malaysia sekadar mengamalkan corak permainan bertahan.

Gol kemenangan Jepun hadir pada minit ke 40 menerusi Yuya Kubo.

[caption id="attachment_3748" align="aligncenter" width="300"] Malaysia vs Jepun[/caption]

Malaysia yang tewas 2-1 kepada Vietnam pada aksi pertama Jumaat lalu sebelum menang 2-0 ke atas Macau, Ahad lalu sekadar menamatkan saingan Kumpulan I di tangga ketiga.

No comments: