Thursday, 15 October 2015

AMALAN JAUHKAN GODAAN SYAITAN !

AMALAN JAUHKAN GODAAN SYAITAN ! - Subhanallah , kita sememangnya wajib untuk menjaga semua deria kita demi elakkan pelbagai godaan syaitan. Itulah dipanggil jihad kerana kita mampu kawal nafsu kita demi agama dan ALLAH swt.

syaitan


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

syaitan godaan

 

Sahabat yang dirahmati Allah,Syaitan merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Syaitan ialah musuh utama bagi seorang mukmin seperti yang kerap kali diulang oleh Allah SWT di dalam Al-Quran.

 

Firman Allah SWT :

 

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ


 

Maksudnya : "Sesungguhnya syaitan ialah musuh kepada kamu, maka jadikanlah dia musuh. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka." (Surah Faatir ayat 6)

 

Kita haruslah sedaya upaya berusaha menjauhi amalan-amalan yang diwarisi daripada syaitan atau perbuatan yang boleh menyebabkan kita menjadi pengikutnya. Walaupun kita berdepan dengan musuh yang tidak dapat dilihat, hadis-hadis Rasulullah SAW banyak mendedahkan hakikat sebenar syaitan dan cara-cara untuk menghindari tipu muslihatnya

1. Mengingat Allah ketika keluar rumah.

Dari Anas bin Malik RA, beliau berkata, Rasulullah صلى الله عله وسلم bersabda, maksudnya;
“Barangsiapa yang ketika akan keluar rumah mengucapkan; bismillahi tawakkaltu alalloh la haula wa la quwwata illa billah (dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali kekuatan Allah), maka kepadanya akan dikatakan cukuplah bagimu, kamu telah dijaga dan syaitan telah menjauh darimu.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

2. Mengingat Allah ketika masuk masjid.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a, dari Nabi Muhammad صلى الله عله وسلم bahawa ketika akan masuk masjid, baginda mengucapkan, “A’udzu billahil-azhim wa bi wajhihil-karim wa sultonihil-qodimminassyaithonirrojim

(Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, dengan wajah-Nya yang mulia dan dengan kekuasaan-Nya yang qodim dari syaitan yang terkutuk.” Beliau berkata, “Itu saja?” Baginda berkata, “Ya, jika seseorang mengucapkan ini, maka syaitan akan berkata ‘Ia telah dijaga dariku sepanjang hari’. ” (Hadis Riwayat Abu Dawud)

3. Merapatkan saf solat berjemaah.

Ibnu Umar berkata, bahawa Rasulullah صلى الله عله وسلم bersabda maksudnya;

“Luruskan barisan dan rapatkan bahu-bahu di antara kamu, dan lembutkan badan kamu untuk saudara yang di sebelah kamu. Jangan tinggalkan ruang kosong untuk syaitan mengambil tempat. Sesiapa yang merapatkan saf, maka Allah akan bersama dengannya dan siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan putuskan hubungan dengannya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)

4. Mengingat Allah ketika menanggalkan pakaian.

Dari Anas r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah صلى الله عله وسلم bersabda maksudnya;
“Penghalang antara pandangan syaitan dan aurat anak cucu Adam adalah, apabila ia menanggalkan pakaiannya, mereka mengucapkan bismillah.” (Hadis Riwayat At-Thabarani)

Adalah penting membaca doa menanggalkan pakaian kerana banyak kes terjadi di mana jin telah tergoda dengan manusia dan menaruh cintanya kepada manusia itu hingga membawa mudarat kepadanya. Doa menanggalkan pakaian:

Ertinya: Dengan nama Allah yang tiada Tuhan selain dari Dia.

5. Mengingat Allah ketika akan berhubungan suami isteri.

Dari Abdullah bin Abbas RA, ia mengatakan, bahawa Rasulullah صلى الله عله وسلم bersabda maksudnya;
“Jika salah seorang dari kalian ingin menggauli isterinya, hendaklah ia mengucapkan ‘Allahumma janibnassyaiton wa jannibissyaiton ma rozaqtana’

Maksudnya, “Ya Allah ya Tuhan kami, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang telah Engkau berkan kepada kami). Jika Allah menakdirkan kepada keduanya seorang anak (dari hubungan itu), maka anaktersebut akan terhindar dari syaitan selamanya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

No comments: