Thursday, 15 October 2015

KELEBIHAN EPAL HIJAU

KELEBIHAN EPAL HIJAU-Pepatah arab ada menyatakan, “Aqal yang cerdas berasal dari badan yang cergas”. Badan yang cergas di sini bukan sahaja fokus kepada aktiviti fizikal tetapi juga termasuklah pemakanan seharian yang mengikut diet seimbang selari dengan saranan kerajaan supaya makan mengikut ‘guidelines’ yang disediakan pada piramid makanan.

KELEBIHAN EPAL HIJAU


piramid

Salah 1 jenis makanan yang digalakkan untuk diambil pada kuantiti yang banyak ialah buah-buahan dan buah yang paling disukai orang ramai terutama yang hendak menurunkan berat badan ialah epal hijau ataupun Green Apple. Terdapat banyak kelebihan epal hijau ini selain mampu menurunkan berat badan. Epal hijau juga mampu membantu untuk:

  • Mengurangkan pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.

  • Membantu kesihatan membran paru-paru.

  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

  • Membantu mengekalkan berat badan.

  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.

  • Mengurangkan risiko barah.


KELEBIHAN EPAL HIJAU


jus-epal-

Selain itu juga, khasiat epal hijau adalah membantu mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman. Kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum pada setiap pagi sebelum sarapan.

Ini kerana ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan di mana zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Khasiat Epal Hijau Dalam Kecantikan

Tahukah anda, epal hijau juga mampu mencantikan kulit anda? Di mana epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah (freshener). Potong epal hijau secara nipis, kemudian rendamkan di dalam air batu selama lima minit. Setelah itu letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda pasti akan dapat merasakan kesegaran pada kulit muka anda. Jika ianya diamalkan selalu, ia mampu melincinkat kulit muka anda.

KELEBIHAN EPAL HIJAU


apple-hijau

Begitulah di antara khasiat epal hijau, tidak kira di dalam kesihatan dan kecantikan. Diharap dengan perkongsian ini mampu memberikan gaya hidup sihat buat anda semua, selain kelihatan lebih kacak dan anggun. Semoga bermanfaat. WALLAHUA’LAM...

No comments: