Wednesday, 21 October 2015

TERKINI! SENARAI SEKOLAH TUTUP ESOK 22/10/2015

TERKINI! SENARAI SEKOLAH TUTUP ESOK 22/10/2015-Keadaan berjerebu di beberapa negeri semenanjung dan bahagian di negeri Sarawak pada Rabu, 21 Oktober 2015 belum menunjukkan tanda-tanda akan reda selain berada pada paras tidak sihat.

1214Malah kualiti udara di kawasan Shah Alam di negeri Selangor berada pada sangat tidak sihat (201-300) menurut rekod bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di portal rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia setakat jam 5 petang.

Berikutan daripada keadaan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dijangka akan membuat pengumuman bagi memaklumkan sekolah di negeri, daerah atau bahagian kawasan dilanda jerebu yang perlu ditutup esok (22 Oktober 2015, Khamis) bagi menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar

SENARAI NEGERI PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT JEREBU:

Kenyataan-KPM-Cuti-Jerebu-22-Oktober-2015Bagi memberikan maklumat terkini dan tepat, MYsumber akan mengemaskini senarai negeri/ bahagian/ kawasan yang terlibat dengan penutupan sekolah esok, sebaik sahaja perkara ini diumumkan oleh KPM

dikemaskini logo5.27 petang

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan media pada petang Rabu telah memaklumkan bahawa sekolah di negeri dan kawasan/ bahagian yang dinyatakan seperti dibawah
perlu ditutup dan pelajar diberi cuti sehari pada Khamis 22 Oktober 2015 Penutupan Sekolah Pada 22.10.2015.

Akibat Jerebu Penutupan sekolah di seluruh kawasan (negeri) adalah seperti berikut:

Negeri Sembilan
Selangor
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
Perak
Pulau Pinang
Kedah
Perlis

Penutupan sekolah melibatkan beberapa kawasan sahaja adalah seperti berikut:

Pahang – Penutupan sekolah hanya membabitkan daerah di Bentong
Sarawak – Penutupan sekolah hanya membabitkan bahagian di Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong.sumber.

No comments: