Wednesday, 21 October 2015

CARA ELAK RASA MENGANTUK KETIKA DI PEJABAT

CARA ELAK RASA MENGANTUK KETIKA DI PEJABAT | Asyik menguap dan rasa mengantuk ketika di pejabat atau di tempat kerja? Mengantuk ketika di tempat kerja menganggu aktiviti. Oleh sebab itu tindakan perlu dibuat untuk mengelakkan rasa mengantuk.

mengantuk di tempat kerja

Jika anda sering mengantuk, jom cuba cara ini..

1.Dekati tempat bercahaya

Pandang di luar tingkap. Cahaya yang terang dan menyinar dapat membuatkan mata kembali segar.

2.Basuh Muka

Basuh muka anda. Selalunya cara ini banyak dilakukan oleh lelaki.

3.Meletakkan Wangian Yang Sesuai

Letakkan pewangi bilik di atas meja pejabat supaya wangian  tersebut dapat merangsang agar kembali segar. Pilih bau-bauan yang anda minati.

4.Mendengar Muzik

Sekiranya mengantuk, anda boleh mendengar muzik dan radio. Jika ada  DJ radio itu mempunyai slot yang LAWAK dan tidak memboringkan, ia boleh membuatkan suasana di pejabat bertambah ceria.

5.Melihat Pohon Hijau Di Jendela Jika Ada

Nikmatilah pemandangan pokok hijau kawasan kerana ia dapat melegakan fikiran dan membantu menghilangkan rasa mengantuk. Rehat kan minda seketika.

Sumber-woman online magazine

No comments: