
Menurut Sergio Gamberini, Presiden Ocean Reef, belia memdapat idea ini ketika bercuti Itali 2 tahun yang lepas.
Nemo’s garden mempunyai 5 buah “biosphere transparent” yang dilabuhkan di bawah laut Savona, Itali. Terdapat tanaman seperti strawberi, kacang,lada dan bawang putih.
Ujar Luca Gamberini selaku ketua projek, “misi utama projek ini adalah untuk mencipta kaedah alternatif bercucuk tanam di tempat yang sangat mustahil yang kebiasaannya memerlukan sumber air bersih, tanah subur dan perubahan suhu ekstrem. Kami mencuba untuk mencari kaedah alternatif yang boleh memaksimakan hasil tanaman dan lebih efisien di tempat yang sukar untuk melakukan aktiviti bercucuk tanam” ujarnya.
Pihak Ocean Reef turut merancang untuk mengeluarkan versi akuarium yang boleh disimpan di rumah tetapi buat masa ini ianya masih boleh belum dijual dan hasil tanaman hanya digunakan untuk membuat sos pasta khas.
Sumber- sajakongsi.com
No comments:
Post a Comment