Friday, 24 April 2015

ASAL-USUL SEBUTAN NAMA NABI IBRAHIM SEMASA TAHIYYAT AKHIR

ASAL-USUL SEBUTAN NAMA NABI IBRAHIM SEMASA TAHIYYAT AKHIR-Selama kita hidup ini, pernahkah kita terfikir kenapa kita menyebut nama Nabi Ibrahim dalam bacaan tahiyyat akhir? Kenapa tidak menyebut nama nabi-nabi lain seperti Nabi Adam a.s, Nabi Yusuf a.s, Nabi Musa a.s dan sebagainya. Kenapa nama Nabi Ibrahim yang kita sebut? Berikut merupakan sedikit pencerahan tentang kemusykilan sesetengah umat Islam itu.

ASAL-USUL SEBUTAN NAMA NABI IBRAHIM SEMASA TAHIYYAT AKHIR




Setelah Allah S.W.T menciptakan Nabi Adam a.s., kalimah pertama yang dilihat oleh Nabi Adam adalah 'Laa ilaaha illallaah, Muhammad Rasuulullah' iaitu kalimah syahadah asas kepada keislaman.

Lalu Nabi Adam bertanya tentang siapakah Muhammad itu? Lantas Allah menjawab, Muhammad S.A.W adalah penutup segala nabi dan rasul, serta insan paling mulia di antara semua (rasul). Umatnya juga diberi banyak kemuliaan berbanding umat-umat yang lain.

Diceritakan bahawa Nabi Adam a.s. berkata, "Sesungguhnya Allah memberi 4 kemuliaan kepada umat Muhammad S.A.W yang tidak diberikan kepadaku iaitu:

1. Penerimaan taubatku di Makkah, sedangkan umat Muhammad boleh bertaubat di mana-mana tempat.

2. Aku berpakaian ketika aku melakukan dosa. Kemudian Allah menjadikanku telanjang bulat. Sedangkan umat Muhammad tetap diberi pakaian, walaupun dia derhaka kepada Allah dalam keadaan bertelanjang.

3. Ketika aku berbuat dosa, Allah memisahkan aku dan isteriku (Adam dikaki gunung Himalaya, Hawa di Jeddah). Sedangkan umat Muhammad yang berbuat dosa tidak dipisahkan dari isterinya.

4. Aku berbuat kesalahan di syurga. Lalu Allah mengusirku dari syurga ke dunia. Sedangkan umat Muhammad berbuat dosa diluar syurga, Allah tetap memasukkan mereka ke syurga apabila mereka bertaubat.

Umat Nabi Muhammad SAW

Menyedari ketinggian darjat Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah S.W.T, Nabi Adam a.s. memohon kepada Allah agar diberi anugerah iaitu cukuplah sekadar menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W, namun permintaannya ditolak Allah S.W.T.

Begitu juga dengan nabi-nabi lain seperti Nabi Musa a.s. Sehinggakan Allah S.W.T sendiri menegur sikap Nabi Musa a.s. agar redha dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepadanya.

Dalam banyak-banyak nabi yang memohon untuk menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W, hanya ada seorang nabi sahaja yang Allah perkenankan permohonannya. Dia ialah Nabi Ibrahim a.s.

Secara dasarnya, Allah S.W.T tidak memperkenankan permohonan Nabi Ibrahim a.s. untuk menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W, tetapi Allah menjanjikan kepada Nabi Ibrahim a.s. yang Rasulullah S.A.W akan lahir daripada salasilah keturunannya.

Nama Nabi Ibrahim a.s. juga akan meniti dibibir umat Nabi Muhammad S.A.W, iaitu akan selalu disebut-sebut oleh umat baginda Rasulullah S.A.W.

Maka, sebab itulah kita disunatkan untuk menyebut nama Nabi Ibrahim a.s. dalam solat lima waktu, semasa bacaan tahiyyat akhir seperti yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Ibrahim a.s.

Selawat Ibrahimiyah adalah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam bacaan Tahiyyat Akhir di dalam solat.

ASAL-USUL SEBUTAN NAMA NABI IBRAHIM SEMASA TAHIYYAT AKHIR




Hukum Selawat Ibrahimiyah dalam Tahiyyat Akhir adalah:

1. Mazhab Syafie. Imam syaraf An-Nawawi: Syarah Muslim (4/123): Kita hanya perlu membaca selawat atas nabi sahaja. Selawat atas keluarga baginda dan selawat Ibrahimiyah adalah sunat.

2. Mazhab Imam Maliki dan Imam Hanafi. Sunat hukumnya selawat ini baik atas Nabi S.A.W, keluarga baginda dan ke atas Nabi Ibrahim a.s.

3. Mazhab Imam Hambali. Wajib selawat ke atas Nabi S.A.W, keluarga dan selawat Ibrahimiyah.

Begitu besar penghargaan yang Allah berikan kepada Nabi Ibrahim, sehingga selawat kepadanya di syiarkan dalam solat kita. Selawat ini menggabungkan dua ucapan salam dan hormat ke atas kedua-dua Nabi Muhammad S.A.W dan Nabi Ibrahim a.s.

Lafaz selawat ini sebagus-bagus, selengkap-lengkap dan sesempurna lafaz ke atas junjungan Nabi S.A.W. Sebab itu selawat ini ditentukan bacaannya di dalam solat.

Ibnu Taimiyyah berkata, "Selawat yang paling sempurna untuk Rasulullah adalah selawat Ibrahimiyah."

Semoga bermanfaat. WALLAHUA'LAM...

Sumber daripada : sentiasapanas.com

No comments: