Wednesday, 19 August 2015

PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK-“Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya”. Peribahasa ini seringkali kita dengar apabila hendak berbicara mengenai pendidikan awal kanak-kanak. Ibu bapa merupakan guru pertama dan paling lama bagi anak-anak mereka. Dalam proses perkembangan yang biasa, ibu bapalah yang banyak menyokong perkembangan bahasa, sosial dan akademik anak-anak mereka. Terdapat bukti positif dalam tempoh 30 tahun yang lepas yang menunjukkan bahawa mengajar kemahiran spesifik kepada ibu bapa dapat membantu dalam perkembangan anak-anak di bawah jagaan mereka.

PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


ibu bapa

Ibu bapa merupakan unit asas keluarga dan peranannya sangat penting dalam pembentukan sesebuah keluarga yang bahagia. Untuk mendapat pengurusan keluarga yang dinamik, proaktif dan menepati masa yang kian berubah. Peranan ibu bapa sangat penting dan perlu dilihat secara makro dan semua ini terlibat secara komited. Selain daripada faktor keluarga, faktor persekitaran juga perlu diambil kira. Dalam usaha mendirikan sebuah keluarga yang bahagia dan berkesan, konsep “melentur buluh biar dari rebung” perlu diberi penekanan. Ibu bapa merupakan satu unit dan perlu menjalankan pengurusan yang proaktif dari aspek sains dan kemanusiaan.
Keibubapaan merupakan kerja yang paling sukar sekali, tetapi kebanyakan ibu bapa menerima sedikit atau tidak mendapat latihan formal langsung dalam kemahiran keibubapaan. Namun demikian, ibu bapa seringkali dikritik atas setiap kesilapan yang mereka lakukan. Ahli psikologi telah mengkaji amalan keibubapaan untuk para ibu bapa.

Penglibatan keluarga dapat dilihat dari pelbagai segi bergantung kepada konteks. Teori Epstein menghuraikan kerjasama yang peru wujud diantara pihak sekolah, keluarga dan masyarakat. Jenis penglibatan berikut bukan berbentuk hierarki tetapi ia merupakan suatu kerangka untuk menghubungkan keluarga, masyarakat dan ahli professional pendidikan awal kanak-kanak. Enam jenis penglibatan ibu bapa mengikut Epstein ialah:

1. Keibubapaan : membantu keluarga menguasai kemahiran keibubapaan dan memahami perkembangan kanak-kanak
2. Komunikasi : mengamalkan pelbagai cara komunikasi yang berkesan diantara sekolah dan keluarga.
3. Kesukarelawan : menggalakkan keluarga berkhdmat secara sukarela dengan pelbagai cara.
4. Pembelajaran di rumah : melibatkan keluarga menyokong aktiviti pembelajaran di rumah.
5. Membuat keputusan : melibatkan keluarga dalam pengurusan persekolahan dan organisasi yang berkaitan.
6. Kolaborasi dengan masyarakat : menyelaras perkhidmatan masyarakat untuk kebaikan bersama.
Prinsip keibubapaan perlu dilihat dari sudut mikro dan makro. Kemahiran keibubapaan adalah asas kepada kesejahteraan keluarga, masyarakat dan Negara. Keibubapaan tidak terhad kepada ibu bapa tetapi juga berhubungkait dengan kematangan dan kesediaan institusi-institusi lain untuk bekerjasama.

PRINSIP-PRINSIP KEIBUPAAN

Keibubapaan boleh memberikan kebahagiaan kepada ibu bapa serta mencabar kerana ibu bapa perlu menemui cara yang berkesan untuk berkomunikasi dan mendidik anak-anak mereka. Terdapat beberapa prinsip keibubapaan yang boleh digunakan untuk membantu ibu bapa dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Amalan positif ini akan mendatangkan kesan positif terhadap kanak-kanak.

1. Mengurus diri dengan baik (take care of yourself)

Mengurus diri dengan baik hendaklah menjadi perkara utama dalam diri ibu bapa. Sekiranya ibu bapa mengabaikan diri mereka maka kebolehan mereka mengaplikasikan prinsip-prinsip yang seterusnya akan terbatas. Ibu bapa yang mengamalkan prinsip ini akan berusaha tekanan dalam kehidupan mereka. Mereka memiliki identity tersendiri dan menggunakanya untuk diri dan keluarga. Mereka akan berusaha mendapatkan ahli keluarga dan kawan yang boleh memberikan sokongan emosi danpratikal. Mereka akan berusaha mengamalkan ciri-ciri dan aktiviti tersebut dalam kehidupan supaya anak-anak mereka akana meniru dan mengamalkanya apabila dewasa nanti.

2. Kasihi anak-anak (nuture your children)
Jika kanak-kanak tidak merasai dihargai dan disayangi maa semua usaha ibu bapa tidak akan memberikan pengaruh yangkuat ke atas mereka. Kanak-kanakperlu merasamereka disayangidan dikasihi oleh ibu bapa mereka.

3. Bimbing anak-anak ( guide your children)
Anak-kanak perlu diberikan satu set nilai, panduan dan standard untuk membantu mereka menguruskan kehidupanya. Bimbingan adalah lebih baik daripada hukuman. Seseorang ibu atau bapa yang membimbing anaknya mengajar anaknya bahawa kesan positif atau negative akan menyusuli sesuatu tingkah laku bimbinan membantu kanak-kanak mendapatkan sesuatu dengan cara yang dipersetujui oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa yang membimbing akan mengajar melalui teladan, menetapkan had yan berpatutan serta melibatkan kanak-kanak dalammenetapkan had bersesuaiandengan umur mereka.

PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


didik anak-anak

4. Membela anak mereka ( be your child’s advocate )
Bronfenbrenner mencadangkan bahawa ibu bapa hendaklah menunjukan rasa kasih saying yang amat kuat terhadap anak mereka. Ibu bapa harus menunjukkan mereka merasa anak mereka lebih baik daripada anak-anaklai.

5. Memotiasikan anak mereka (motivate your child)
Ibu bapa adalah guru pertamakepada anaknya. Ibu bapa hendaklah engalakkan anak mereka mempelajari dengan mewujudkan suasana pembelajaran kondusif di rumah. Sediakan buku dan elbagaibahan rjukan di rumah. Ibu bapa harus maembaca untuk mengalakkan anakmereka membaca.

6. Jangan membincangkan masalah tingkahlaku di hadapan kanak-kanak
Apa-apa perkara yang ibu bapa bincangkan di hadapan anak-anak, ia mungkin mempengaruhi persepsi anak terhadap dirinya. Sesuatu perkara negative yang didengari mungkin dianggapbenar. Sebaliknya perkara negative yang didengari mereka boleh memberikan keyakinan dan menggalakkantingkah laku positif.

  1. Melindung kanak-kanak secara keterlaluan


Walaupun kanak-kanak perludilindungi, namun perlindungan yang melampau akan menggalakkan tingkah laku pergantungan dan kanak-kanak yang terlalu sensitive. Ibu bapa bleh menunjukkan bahawa mereka baik hati tapa terlalu besimpati. Kanak-anak perlu mempelajarimenangani perasaaan kekecewaan, kegagalan dan kehlangan dalamkehidupanmereka. Kanak-kanak yang mempunyaisikap berdikari akan akhirnya dapat mengatasipelbagai halangan dalam kehidupan mereka kelak.

8. Bersatu, bertolak ansur dan bersikap positif terhadap suami/iseri
Tingkah laku suami isteri yang selalu tidak sependapat/sehaluan akan mengelirukan anak-anak mereka. Anak tidak akana menghormati ibu bapa yang tidakmenghormati satu ama lain.

9. Menghargai guru, pendidikan dan pembelajaran.
Pendidikan guru harus dititikberatkan. Kanak-kanak akan memahami mengenainya dengan jelas jia ibu bapa, datuk dan nenek, misalnya menghargai pembelajaran. Cerialah mengenai guru yang anda hormati dan tunjukkan penghrgaan anda terhadap guru anak anda. Ibu bapa harus memberitahu anak-anak bahawa merekamengharapkan anakmereka mencapai pendidikan sehingga peringkat tingi. Ini adalah untuk mengelakkan anak-anak mengabaikan pendidikan dan tercicir daripada persekolah terlalu awal.

10. Bersikap positif terhadap kerjaya
Ibu bapa yang erungut tentang kerjaya akan mengalakkan anakmereka mempunyai sika negative terhadap kerja. Anak-anak akana merungut terhadap kerja rumah dan tanggungjawab yang diberikan dirumah. Ibu bapa yang tidak menyukai kerjaya harus berikhtiar menukar kerjaya mereka supaya anak-anakmereka akan menyedari ahawa pendidikan membuka peluang yang luas kepada mereka yang berpendidikan tnggi.

11. Menjadi teladan kepada anak-anak
Kanak-kanak selalu memerhati tngkahlaku ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Orang dewasa yang bersikap tidak amanah dan tidak beretika akan dicontohi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak akan tertarik dan ingin meniru ibu bapa yang beretika, bersemangat dan mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi.

12. Mempelajari bersama dengan anak-anak
Ramai ibu bapa menyesal kerana mereka terlepas daripada peluang mempelajari bersama-sama dengan anak-anak mereka. Jadikan pengalaman lawatan, perkhemahan dan aktiviti lain suatu pengalaman untuk belajar bersama dengan anak-anak.

13. Luangkan masa untuk berseronok
Orang dewasa harus meluangkan masa untuk diri sendiri tanpa melibatkan anak-anak mereka. Seperti manusia lain, orang dewasa perlu meluangkan masa makan,bercuti dan menikmati kehidupan mereka. Pada masa tersebut anak-anak akan diberi peluang menguruskan aktiviti masing-masing dengan sendiri. Peluang ini akan membolehkan kanak-kanak mempelajari banyak perkara dan menjadi matang.

PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


ibu-bapa-dan-anak

Semoga kita menjadi ibu dan bapa yang mampu memberikan pendidikan secukupnya kepada anak-anak kerana itu merupakan tanggungjawab kita dan anak-anak itu adalah amanah yang diberikan kepada kita untuk kita jaga dan didik mereka menjadi insan yang soleh dan solehah serta berguna kepada masyarakat. In shaa Allah...

No comments: