TIADA JEMAAH MALAYSIA TERLIBAT REMPUHAN DI MINA | ARAB SAUDI – Buat masa ini tiada jemaah haji Malaysia terlibat dalam kejadian rempuhan yang telah mengorbankan seramai lebih 300 orang jemaah.
Ujar Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, jumlah kematian terkini adalah 310 orang dan 450 orang cedera.
"Kejadian ini berlaku pada 11.30pagi di persimpangan jalan 204-223 dan bukan di kompleks jamrah untuk melontar.
"Insiden ini berlaku di kawasan perkhemahan negara Arab yang terletak jauh dari khemah Malaysia," ujarnya dalam sidang media khas.
Ujarnya lagi, segala info terkini insiden tersebut akan dimaklumkan kepada media tempatan termasuk pemberitahuan terbaharu jika terdapat jemaah Malaysia yang terlibat.
"Ramai yang risau keadaan jemaah. Jangan risau, teruskan berdoa. Sebarang maklumat boleh hubungi petugas Tabung Haji. Jangan percaya khabar angin," Ujarnya.
Sumber- Sinar Harian
No comments:
Post a Comment