LENOVO PHAB PLUS MULA DIPERKENALKAN | Lenovo kini telah melancarkan sebuah lagi produk mereka yang digelar PHAB. Pelancaran tersebut telah diadakan di Zouk Club Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.
PHAB mempunyai fungsi dua dalam satu iaitu sebagai telefon dan juga tablet. PHAB mempunyai kelebaran paparan berukuran 6.8-inci. Memiliki ciri-ciri yang lebih baik dan paparan HD (High Definition) penuh dan sistem bunyi yang lebih jelas.
PHAB Plus ini didatangkan dengan 13 MP kamera belakang dan 5 MP untuk kamera hadapan. Buat anda yang suka selfie, ia sangat sesuai kerana ia memiliki fungsi selfie panorama dan dwi-flash LED.
PHAB Plus dikuasakan dengan Dolby Atmos. Mempunyai rekaan yang sangat menarik serta menggunakan material aluminium ringan.
Harga PHAB Plus ditawarkan dengan RM1, 199. Ia boleh didapati disemua pengedar Lenovo yang sah. Maklumat lanjut boleh layari www.lenovo.com
sumber-wanista.com
No comments:
Post a Comment