Wednesday, 4 March 2015

PATUNG HARAM DIJADIKAN PERHIASAN RUMAH?

PATUNG HARAM DIJADIKAN PERHIASAN RUMAH?-Islam adalah agama yang menyeluruh dari segala aspek kehidupan manusia baik dari segi akhlak, ibadah, muamalat, munakahat dan termasuklah dari segi tatacara kehidupan manusia. Rumah merupakan keperluan yang sangat penting selain kenderaan dan juga pakaian. Sebuah rumah yang selesa didiami dan sedap mata memandang ialah rumah yang bersih dan ceria. Ceria di sini bermaksud perhiasan rumah itu sendiri yang menyebabkan penghuni serta tetamu yang datang berasa tenang n gembira. Islam telah menggariskan panduan untuk penghiasan rumah yang selesa dan tidak mengundang murka Allah.

PATUNG HARAM DIJADIKAN PERHIASAN RUMAH?




Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban,

Rasulullah S.A.W bersabda, “Empat unsur yang membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik & kenderaan yang menyenangkan hati”.

Manakala di dalam surah an-Nahl (80), 

Allah S.W.T berfirman,  “Allah menjadikan untuk rumah-rumah kamu sebagai tmpt yang menyenangkan”.

Oleh itu, dalam menghias rumah, tidak seharusnya wujud unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung dan sebagainya. Hal ini kerana, dalam mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya malaikat rahmat masuk ke dalam rumah, kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang dihiasi patung.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim,

Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya malaikat tidak akn masuk ke rumah yg di dalamnya ada patung”.

Begitu juga dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian dan seumpamanya.

Kadang kala,terdapat rumah yang mempunyai kawasan yang luas pada zahirnya kelihatan tenang & cantik tetapi malangnya tidak dimasuki malaikat disebabkan wujudnya gambar-gambar berunsur kemaksiatan, patung-patung hiasan dan juga perhiasan-perhiasan yang diharamkan oleh Islam.

Antara syarat dan ciri-ciri perhiasan yang dibenarkan dalam Islam ialah :

  1. Mencacatkan anggota patung


Jika hendak letakkan patung sebagai hiasan di dalam rumah, hendaklah mencacatkan salah satu anggota patung tersebut. Sebagai contoh, jika hendak letakkan patung harimau, potong sebahagian ekornya atau kakinya atau mana-mana bahagian yang sewaktu dengannya.

Ini berdasarkan dalam sebuah hadis yang menceritakan tentang keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah S.A.W kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung.

Hari berikutnya pun Jibrail tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kepada Nabi Muhammad, “Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu”. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi seperti sepohon pokok. (Riwayat Abu Daud, Nasai & Termizi & Ibnu Hibban)

Tujuan mencacatkan sebahagian anggota patung tersebut adalah supaya patung itu tidak diagung-agungkan apabila melihat kecacatan pada fizikalnya. Walaubagaimanapun, patung mainan kanak-kanak perempuan dibolehkan dalam Islam tanpa perlu mencacatkan fizikalnya kerana permainan sebegini sekurang-kurangnya boleh mengajar anak-anak untuk masa akan datang atau cara mendidik sebagai cara untuk mendidik mereka.

PATUNG HARAM DIJADIKAN PERHIASAN RUMAH?


 

  1. Tidak bernyawa


 Selain patung, gambar-gambar juga merupakan hiasan yang sesuai diletakkan di dalam rumah sama ada digantung mahupun diletakkan di atas meja. Gambar-gambar yang sangat digalakkan untuk menjadi hiasan ialah ayat-ayat suci Al-Quran, gambar pemandangan dan juga gambar pokok-pokok. Jenis gambar yang diharamkan dalam Islam ialah gambar artis-artis sama ada lelaki mahupun wanita yang memperagakan auratnya dan ditayangkan kepada umum ataupun gambar-gambar orang kafir yang melakukan syirik kepada Allah S.W.T. Islam tidak menggalakkan gambar-gamabr  seperti ini kerana ia melambangkan keagungan atau  menimbulkan perasaan untuk memuja mereka.

Menggantungkan gambar-gambar  orang alim dibenarkan sebab ia dilihat dari sudut ketokohan dan kelebihan ilmunya. Tambahan pula, Islam mengharuskan gambar sebegini untuk dijadikan contoh dan ikutan. Begitu juga dgn gambar-gambar keluarga  atau haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan kerana ia boleh menjadi kenangan .

 PATUNG HARAM DIJADIKAN PERHIASAN RUMAH?perhiasan rumah cantik




  1. Seksaan hari kiamat


 Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat dari emas dan perak kerana jika terdapat perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akan menimbulkan perasaan sombong, riak dan ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada padanya.

Larangan ini adalah untuk menjaga hati bagi orang fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri atau wujudnya perbezaan dan jurang yang berlebihan antara golongan kaya dan miskin.

Manakala bekas-bekas acuan kuih-muih yang berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yang akhirnya di makan, tidak disimpan dan tidak kekal maka ia dibolehkan.

Begitu juga halnya dengan permaidani yang ada gambar binatang, tidak haram diletakkan di dalam rumah sebab ia diletakkan di dalam kedudukan rendah. Permaidani akan dipijak dan ia tidak dianggap  untuk diagungkan.

Islam juga mengingatkan, orang yang mengukir & memahat patung akan menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat.

Sabda Rasulullah S.A.W, “Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran atau memahat patung ini”.

Dalam satu riwayat diterangkan : Orang yang menandingi kuasa ciptaan Allah” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari,

Rasulullah S.A.W, “Sesiapa yang membuat patung, pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk meniupkan roh padanya, pada hal dia tidak akan sesekali dapat meniupkan roh itu”.

Maksud hadis ini ialah, Allah akan menyuruh orang yang membuat patung itu meniup roh sehingga boleh dan ini tentu sahaja  merupakan satu seksaan dan peghinaan kerana bukan kuasa manusia untuk meniupkan roh.

Sebagai hamba Allah yang dengar dan taat, janganlah sesekali kita melakukan perkara yang dimurkai Allah kerana azab Allah amatlah pedih. Setiap apa yang diajarkan oleh Rasulullah sama ada dari segi larangan mahupun suruhan, semuanya adalah untuk mendidik manusia agar sentiasa rasa rendah diri dan menghormati sesama insan tidak kira yang beragama Islam mahupun yang bukan beragama Islam. Indahnya Islam mengajar pengikutnya untuk saling menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan bangsa, agama, latar belakang, pangkat mahupun darjat. Semoga bermanfaat dan menjadi renungan bersama. WALLAHUA’LAM...

No comments: