BAHASA TAMIL YANG SERING DISEBUT DALAM PERTUTURAN SEHARIAN
Dalam perbualan harian, kita sering mendengar bentuk bahasa yang mencampuradukkan dua atau lebih bahasa dalam satu ungkapan atau perbualan dalam masyarakat kita. Lebih-lebih lagi jika kita mempunyai ramai kawan yang berlainan bangsa dan agama.
Contoh bahasa yang seringkali digunakan ialah bahasa Tamil. Penggunaan bahasa Tamil dalam perbualan harian adalah satu yang normal di Malaysia kerana mungkin kita selalu dengar daripada filem-filem mahupun gelagat bangsa india menuturkannya.
Walaupun penggunaan di kalangan bukan masyarakat Tamil agak mengarut dari maksud asal, namun masyarakat Tamil kita pun sporting dan biasanya memahami apa yang cuba disampaikan. Jarang sekali mereka akan ambil hati atau marah. Jika mereka marah, itu maknanya ada la yang kita salah cakap atau yang nampak kurang sopan di mata dan kefahaman mereka.
Jom kita lihat penggunaan beberapa patah bahasa Tamil yang sering digunakan dalam pertuturan harian.
- Dey
Perkataan kepada seseorang yang melakukan atau mengatakan sesuatu yang bodoh, bangang atau mengarut. Namun, kita sering menggunakanya di awalan pada kebanyakkan permulaan ayat.
- Elek
Elek digunakan untuk mengatakan “tidak ada”. Sering kali kita lihat, penggunaannya digabungkan bersama gelengan kepala oleh si penutur.
- Poda & Pode
Poda bermaksud, ‘Berambus kau’ bagi lelaki dan Pode bermaksud, ‘Berambus kau’ bagi perempuan. Apabila anda sedang marah, maka perkataan ‘poda’ ini sering digunakan, lebih-lebih lagi golongan anak mami di utara tanah air. Adakalanya juga sesetengah orang menukarkannya kepada ‘porah’ seperti yang selalu dibuat oleh pelakon, Imuda yang terkenal dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
- Sapadek
Digunakan untuk kata ganti makan. Selalu kedengaran bila berada di restoran mamak bukan? Jika anda tidak perasan, selalu selalu lah datang ke restoran mamak.
- Anne/Anna
Perkataan Tamil bagi “Abang”. Contoh penggunaan yang sering kita dengar, “Anne, teh tarik satu!”
BAHASA TAMIL YANG SERING DISEBUT DALAM PERTUTURAN SEHARIAN
- Thangachi
Perkataan sopan bagi adik perempuan. Di Malaysia, ia selalu digunakan untuk merujuk kepada kawan lelaki dan perempuan.
- Macha
Bermaksud ‘adik ipar’. Sering digunakan untuk memangil kawan, penggunaanya lebih kurang sama seperti “Anne”. Di kalangan masyarakat India, bukan sebarangan orang memanggil orang lain macha kerana silap hari ia boleh mengundang kemarahan. Sesama kawan mungkin boleh tetapi antara orang yang tidak dikenali, lebih baik elakkan.
- Mapelley
Sering disalah gunakan untuk merujuk kepada tempat makan atau food court masyarakat mamak. Hakikatnya, ia bermaksud menantu lelaki! Macam mana boleh merujuk kat food court entah la. Tidak ada sangkut paut langsung. Haha.
So, sekarang pembaca dah faham beberapa maksud perkataan yang kerap kita guna ni, jadi berhati-hatilah sikit bila menggunakannya. Jangan sedap je tuturkannya. Silap haribulan ada yang kena maki hamun. Jagalah hubungan baik antara kaum dan jagalah lidah. Sesungguhnya lidah itu lebih tajam daripada mata pedang. Semoga bermanfaat. ^_^
No comments:
Post a Comment