Saturday, 28 February 2015

FAKTA-FAKTA MENGENAI SPONGEBOB SQUAREPANTS YANG MENARIK!

FAKTA-FAKTA MENGENAI SPONGEBOB SQUAREPANTS YANG MENARIK!-Spongebob Squarepants adalah cerita kartun yang sangat digemari oleh setiap lapisan masyarakat terutama golongan kanak-kanak kerana mempunyai unsur lawak yang gila-gila dan watak-wataknya yang sangat mencuit hati. Untuk pengetahuan semua peminat kartun ini, filem Spongebob Squarepants live-action bakal menemui layar perak sekitar Mac ini. Sudah pasti para peminat tidak akan melepaskan peluang untuk menonton filem tersebut di pawagam tidak lama lagi.

FAKTA-FAKTA MENGENAI SPONGEBOB SQUAREPANTS YANG MENARIK!




Berikutan dengan tayangan filem The Spongebob Movie: Sponge Out Of Water pada minggu hadapan, mari imbas beberapa fakta menarik mengenai dunia Spongebob yang mungkin tidak diketahui oleh para peminat tegarnya sendiri.

  1. Pencipta Spongebob


Siri televisyen dan watak Spongebob ini diilhamkan dan dicipta sendiri oleh Stephen Hillenburg yang merupakan seorang bekas ahli biologi marin. Menarik bukan? Seorang ahli biologi boleh mencipta watak dan jalan cerita Spongebob yang sangat kelakar serta menarik. Untuk pengetahuan semua, Stephen gemar melukis dan pada mulanya mencipta watak Spongebob dalam sebuah buku komik yang dpanggil ‘Intertidal Zone for the Institute’.

FAKTA-FAKTA MENGENAI SPONGEBOB SQUAREPANTS YANG MENARIK!




  1. Nama sebenar Spongebob


Bagi peminat tegar Spongebob Squarepants pasti tidak tahu nama sebenar watak utama kartun itu kan? Nama sebenar yang diberikan kepada watar utama siri ini adalah ‘SpongeBoy’. Namun nama Spongeboy telah menjadi hakcipta batang mop terlebih dahulu. Jadi, Stephen mencari nama lain dan meletakkan nama Spongebob untuk watak utama. Dia mengekalkan nama ‘Sponge’ tersebut kerana dia tidak mahu kanak-kanak terkeliru dan menganggap SpongeBob sebagai sebuah keju kerana warnanya yang kuning keemasan seperti keju.

FAKTA-FAKTA MENGENAI SPONGEBOB SQUAREPANTS YANG MENARIK!


spongebob-spongebob-squarepants-28841927-280-255

  1. Umur Spongebob


Episod pertama Spongebob SquarePants mula ditayangkan ialah pada 1 Mei 1999. Pernahkan anda terfikir berapakah umur Spongebob? Menurut lesen memandunya, Spongebob dilahirkan pada 14 Julai 1986. Itu menandakan Spongebob berusia 29 tahun pada 2015! Dia tergolong dalam kumpulan zodiak Cancer. Matang dah Spongebob. Kalau manusia, dah fikir nak berkahwin dah. Haha

FAKTA-FAKTA MENGENAI SPONGEBOB SQUAREPANTS YANG MENARIK!




  1. Pertukaran Patrick The Starfish


Semasa episod pertama mula ditayangkan, ramai orang yang menyukai karekter tambahan, Patrick The Starfish kerana sifatnya yang bendul namun mencuit hati. Walhal dalam versi beta, karekter Patrick sangat berlainan apabila dia memiliki bar dan bekerja sebagai bartender. Patrick juga seorang pembuli dalam versi terdahulu.

FAKTA-FAKTA MENGENAI SPONGEBOB SQUAREPANTS YANG MENARIK!




  1. Kemunculan bintang Hollywood


Stephen Hillenburg sebenarnya tidak mahu para selebriti meminjamkan suara mereka buat karekter-karekter ciptaannya kerana takut dilabel meniru The Simpsons (kartun manusia yang berwarna kuning). Bagaimanapun dia pernah membuat dua kali pengecualian iaitu Tim Conway dan Ernest Borgnine yang menjadi supehero kegemaran SpongeBob iaitu Mermaid Man dan Barnacle BoySeasonseterusnya menyaksikan kemunculan Will Ferrell, Tina Fey, Johnny Depp, Victoria Beckham, LeBron James, Pink dan lain-lain.

FAKTA-FAKTA MENGENAI SPONGEBOB SQUAREPANTS YANG MENARIK!




 

 

  1. Dimanakah Bikini Bottom?


Seperti yang semua sudah sedia maklum, Bikini Bottom adalah lokasi berlakunya perjalanan kehidupan seharian Spongebob dan rakan-rakan. Bandar Bikini Bottom mempunyai populasi 538 dan dipenuhi pelbagai perniagaan seperti restoran, firma guaman dan kilang. Tetapi dimana letaknya Bikini Bottom itu? Sebenarnya Bikini Bottom terletak di bawah pulau Bikini Atoll yang berada di Micronesia. Lokasi itu wujud dan menjadi tapak pencubaan nuklear oleh Amerika Syarikat pada tahun 40 dan 50-an!

FAKTA-FAKTA MENGENAI SPONGEBOB SQUAREPANTS YANG MENARIK!




  1. Stephen Hillenburg menolak Justin Timberlake untuk nyanyian lagu Soundtrack


Avril Lavigne, Jeff Tweedy, dan The Flaming Lips antara penyumbang lagu bagi album runut bunyi filem SpongeBob. Penyanyi utama The Framing Lips, Wayne Coyne rancang untuk berduet bersama Justin Timberlake. Walaubagaimanapun, Stephen menyatakan, “Saya tidak mahu mereka yang pelik dan popular. Saya tidak suka penyanyi-penyanyi yang terlalu komersial,”.

FAKTA-FAKTA MENGENAI SPONGEBOB SQUAREPANTS YANG MENARIK!




  1. Penyelidik menjumpai kulat “Spongiforma Squarepantsii”


Para penyelidik di San Francisco State University menemui satu spesies cendawan yang dinamakan “Spongiforma squarepantsii” pada tahun 2011. Kulat yang tergolong dalam keluarga genus Spongiforma berkenaan dijumpai di hutan pulau Borneo. Pelik bukan bagaimana nama saintifik itu boleh tercipta? Suratan atau kebetulan? Lagu tuuu. Bak kata Jep Sepahtu.

FAKTA-FAKTA MENGENAI SPONGEBOB SQUAREPANTS YANG MENARIK!




  1. Catat sejarah


Sebelum ini kartun kanak-kanak Rugrats mencatat sejarah apabila menayangkan 172 jumlah episod. SpongeBob Squarepants kemudiannya muncul sebagai rancangan paling lama tayangan di Nickelodeon dengan 200 episod keseluruhan. Tiada episod baru ditayangkan sejak Mac 2014 kerana memberi peluang untuk pembikinan produksi akhir filem The SpongeBob Movie: Sponge Out of Water.

 

 

No comments: