Tuesday, 10 November 2015

KETAHUI KHASIAT EPAL HIJAU. JOM AMALKAN!

KETAHUI KHASIAT EPAL HIJAU. JOM AMALKAN! | Epal hijau memang sedap dimakan atau dibuat jus. Epal hijau mempunyai rasa yang sedikit masam. Epal hijau mempunyai banyak khasiat terutama sering digunakan sebagai buah untuk diet bagi menurunkan berat badan.

Epal hijau mengandungi lemak yang rendah dan tinggi serat. Berikut adalah beberapa khasiat epal hijau :

1.Kaya Dengan Sumber Mineral

Epal sangat kaya dengan sumber mineral dan Vitamin A, B dan C.  Sumber inilah yang membantu meningkatkan oksigen dalam darah. Ia melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas dan dapat membantu mengekalkan kulit berseri dari dalam.

2.Mengandungi Karbohidrat

Mengandungi karbohidrat ( anggaran 22 g per 154 g epal). karbohidrat merupakan sumber bahan api utama badan anda. Karbohidrat yang ditambah dengan serat dapat menggalakkan rasa kekenyangan tubuh badan.

3.Mengatasi Masalah Sembelit

Epal dapat membantu mengatasi masalah sembelit. Hanya perlu kisarkan epal hijau dengan saleri. Kemudian minum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus dan membuang toksid menerusi sistem penghadaman. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

4.Makanan Tinggi Serat

Sebiji epal mempunyai serat sebanyak 3 gram. Serat yang ada di dalam epal dapat membantu penyerapan dan penghadaman di dalam tubuh badan manusia. Jadi ia dapat mengelakkan seseorang daripada sembelit atau sukar membuang air.

Sumber-woman online magazine

[caption id="attachment_6653" align="aligncenter" width="500"]Foto-google Foto-google[/caption]

No comments: