Bagi anda yang sedang mengalami,boleh cuba amalkan beberapa jenis makanan ini yang dapat mengatasi masalah sembelit.
Timun
Timun kaya dengan kandungan mineral. Ia mengandungi kalsium, fosforus, zat besi & Vitamin C. Masalah sembelit boleh diatasi hanya dengan makan timun setiap hari.
Betik
Betik mengandungi vitamin C dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Sangat bagus dimakan bagi melawaskan perut bagi mereka yang menghidap masalah sembelit.
Strawberi
Buah berwarna berkesan mengatasi masalah sembelit dan juga dapat bertindak sebagai astringen bagi meredakan demam dan juga membersihkan gigi. Ia juga kaya dengan vitamin C yang baik untuk kesihatan kulit.
Kucai
Daun kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Kucai juga dapat membantu mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Pisang
memakan setiap hari dapat membantu mengatasi masalah sembelit. Pisang bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah boleh dijadikan hidangan minum petang yang enak sama ada dengan mengoreng atau dijadikan pengat.
Cincau
Cincau mengandungi serat yang tinggi dan rendah kalori dapat membantu meredakan panas di dalam tubuh, demam, kembung perut, sembelit dan cirit birit. Cincau juga dapat membersihkan organ pencernaan dari zat karsinogen yang menjadi punca penyakit kanser.
Sumber-fuh.my
No comments:
Post a Comment