Wednesday, 11 November 2015

BAYI MENINGGAL DUNIA AKIBAT RETAK TEMPURUNG KEPALA

BAYI MENINGGAL DUNIA AKIBAT RETAK TEMPURUNG KEPALA | MELAKA – Seorang bayi perempuan yang berusia sebulan meninggal dunia dipercayai dibunuh.

Mangsa disahkan meninggal selepas dibawa ibunya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dipercayai berlaku pendarahan dalaman dan retak tempurung kepala. Hasil siasatan polis berjaya menahan bapa bayi tersebut di  Pangsapuri Kota Laksamana, di sini pada pukul 4 petang hari yang sama bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah,suspek ditahan setelah mendapati kematian mangsa disebabkan pendarahan dalaman dan retak tempurung kepala.

“Hasil bedah siasat mendapati bayi berkenaan tidak lagi bernyawa dalam tempoh kurang 24 jam.

“Justeru, polis bersama pihak hospital menjalankan siasatan di sebuah rumah dipercayai dihuni kedua-dua ibu bapa bayi berkenaan bersama seorang kanak-kanak pe­rempuan berusia enam tahun iaitu kakak kepada bayi tersebut,” Ujarnya.

Menurutnya  lagi, siasatan awal dianggap selesai selepas penahanan bapa mangsa. Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah methamphetamin dan pemeriksaan rekod lampau mendapati suspek pernah terlibat dalam kes jenayah dan dadah.

Suspek ditahan reman selama 7 hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber-utusan.com.my

bayi retak tempurung kepala