
Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mendakwa, penggunaan telefon bimbit untuk tempoh yang panjang didakwa mengurangkan produktiviti sperma lelaki.
Bertenang... Kami tidak menyalahkan kaum lelaki 100% di dalam hal ini sebaliknya sebanyak 40% masalah kemandulan lelaki disebabkan oleh kualiti sperma. Walaupun bunyinya sangat sadis tetapi punca di bawah mungkin boleh membantu anda lebih peka terhadap kesihatan dan masalah sekeliling.
Kesihatan
Jika anda seorang perokok tegar, ketahuilah bahawa kandungan kadar nikotin di dalam tubuh akibat tabiat merokok ini boleh merosakkan sperma serta mengurangkan jumlah sperma.
Memiliki tubuh badan yang gemuk boleh menyebabkan perubahan hormon menjadi tidak normal. Makanan ringan yang tinggi kolesterol ini biasanya mempercepatkan pertambahan berat badan sehingga zat sebenar tidak dapat disalurkan.
Pengambilan ubat-ubatan seperti steroid merupakan hormon sintetis yang digunakan untuk membentuk tubuh. Sebenarnya ia boleh menyebabkan ketidaksuburan pada lelaki.
Masalah di tempat kerja atau berdepan dengan masalah tekanan boleh menyebabkan anda stres. Tubuh badan yang stres tidak akan mampu menghasilkan sperma yang berkualiti.
Kemalangan
Seseorang yang mengalami kemalangan atau terjatuh sehingga menyebabkan testis yang menghasilkan sperma gagal menghasilkan sperma seperti sebelumnya. Jika lambat dirawat, ia akan merebak ke spermatogenesis (sel yang menghasilkan sperma) dan menjejaskan fungsinya.
Keturunan
Azoospermia disebabkan oleh faktor genetik iaitu keturunan di mana ia biasanya disebabkan oleh gen ibu dan bapa yang membawa masalah itu. Jika anda tergolong masalah ini, hanya kuasa Tuhan yang boleh membantu.
Lain-lain
Siapa kata radiasi dari telefon bimbit tidak memberi kesan terhadap kesuburan. Bayangkan jika anda meletakkan telefon di dalam poket seluar, radiasinya boleh mempengaruhi testis. Jika perkara ini dilakukan berterusan, ia boleh mencetuskan disfungsi erektil dan ketidaksuburan pada lelaki.
Berhati-hati jika anda sedang leka menggunakan komputer riba. Suhu tinggi pada komputer riba boleh menyebabkan testis anda menjadi panas. Ia memberi kesan buruk dan merosak kualiti sperma.
Ubah tabiat gemar berendam air panas. Berendam di dalam air panas dapat meningkatkan suhu testis sehingga merosakkan kualiti sperma dan menjadi punca mandul tanpa sedar.
Pemakaian seluar yang terlalu ketat boleh membuat suhu pada testis meningkat. Hanya kerana berseluar ketat, ia boleh mengakibatkan jumlah pengeluaran sperma menurun.
EKSTRA MASKULIN:
Tidak ada masalah yang tidak mempunyai jalan penyelesaian. Kami berikan secara ringkas apa yang perlu anda ambil tahu!
1. Jalani ujian untuk menentukan kandungan sperma di dalam air mani.
2. Menggunakan kaedah persenyawaan bayi tabung uji atau Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI).
3. Pengambilan makanan tambahan yang disyorkan seperti Vitamin C, vitamin E serta zink.
4. Menjalani gaya hidup sihat seperti tidak merokok, tidak mengambil alkohol dan sentiasa bersenam untuk mengekalkan berat badan.
Ini berikutan hasil kajian CAP tahun lalu menunjukkan kaitan antara sperma berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari.
Menurut beliau, pengguna yang membuat panggilan telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.
“Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia ini kemungkinan menghadapi kesukaran menjadi bapa kerana kerap menggunakan telefon bimbit.
6 TEMPAT LARANGAN SIMPAN TELEFON BIMBIT ELAK RADIASI
1. Jangan Simpan Dalam Poket Seluar
Sebagai pengguna telefon bimbit lelaki biasanya kita selalu menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar namun kajian mengatakan elektrostatik & elektromagnetik yang dihasilkan telefon bimbit boleh membuat lelaki menjadi mandul, dan mengundang tindak balas yang tidak baik pada anda. Selain itu jika kita jika kita lupa meletakkan telefon bimbit di dalam seluar silap-silap telefon bimbit tersebut boleh juga termasukan ke dalam mesin cuci pakaian.
2. Jangan Letakkan Bersama Barang Elektronik
Jangan simpan telefon bimbit anda dekat dengan barang elektronik lainya seperti di dekat TV, laptop sebab barang elektronik boleh mengeluarkan medan elektonik yang tinggi yang boleh membuat telefon bimbit kesayangan anda menjadi rosak.
3. Dilarang Dekat Kunci Kereta
Dalam keadaan tertentu, telefon bimbit yang digunakan dalam kenderaan akan memberikan kesan sampingan terhadap peralatan elektronik kenderaan. Telefon bimbit yang diletakkan terlalu dekat dengan kunci kereta ternyata boleh menghapus kod elektronik yang ada di kunci kereta tersebut. Terutama bagi kereta mewah.
4. Jangan Diletakkan Dekat Komputer
Komputer, laptop dan telefon bimbit sama-sama memancarkan gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yang dekat, maka keduanya akan saling memberi kesan. Pasti kedua barangan ini amat anda sayangi. Sebaiknya jangan diletakan terlalu hampir diantara keduanya.
5 Jangan letakkan dekat Gas yang mudah terbakar
Pasti anda berfikir dengan meletakkan telefon bimbit dekat dengan gas boleh membuat gas meletup. Padahal tidak begitu, melainkan jika telefon bimbit berada dengan gas yang mudah terbakar boleh mengakibatkan telefon bimbit tidak dapat berfungsi dengan baik.
6. Jangan sesekali menyimpan atau diletakkan telefon bimbit anda di dalam kereta Berkunci
Meninggalkan atau meletakkan telefon bimbit anda di dalam kereta akan dapat dilihat oleh orang luar. Pasti boleh mengundang kecurian selain mungkin, telefon bimbit anda akan dicuri dan kereta anda mungkin akan dirosakkan.
No comments:
Post a Comment