Keputihan berlebihan biasanya berwarna kuning kehijauan.Berabu busuk dan rasa gatal.
Antara punca keputihan berlebihan adalah kurangnya menjaga kebersihan,tekanan, penggunaan ubat, kulatparasit, bacteria dan virus.
Berikut beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengatasi keputihan berlebihan :
- Elakkan menggunakan sabun ataupun pembersih vagina yang mengandungi banyak bahan kimia. Kandungan kimia yang terdapat dalam sabun atau pembersih vagina boleh mengubah keasaman normal vagina sehingga boleh menimbulkan jangkitan.
- Gunakan air yang bersih untuk membasuh atau membilas vagina selepas anda selesai membuang air. Sebaiknya jangan terlalu kerap menggunakan tisu untuk membersihkannya.
- Kurangkan pengambilan makanan atau minuman yang banyak gula kerana ia boleh meningkatkan pertumbuhan kulat candida.
- Elakkan memakai seluar ketat termasuk seluar dalam. Gunakan seluar yang diperbuat daripada material ‘cotton’ yang dapat menyerap peluh.
- Ambil makanan dan minuman yang mengandungi zat yang lengkap dan elakkan pengambilan buah-buah yang boleh menyebabkan keputihan seperti nanas dan mentimun.
- Ambil bawang putih kerana bawang putih mempunyai kandungan kulat semulajadi yang boleh menghilangkan keputihan berlebihan.
- Elakkan memakai pembalut atau ‘pantyliner’ yang berbau wangi kerana ia boleh mengundang iritasi pada vagina.
Sumber-woman online magazine
[caption id="attachment_6669" align="aligncenter" width="600"]

No comments:
Post a Comment