Saturday, 10 October 2015

UNTUNG ISTERI PUNYAI SUAMI RINGAN TULANG !

UNTUNG ISTERI PUNYAI SUAMI RINGAN TULANG ! - Syukur jika seorang wanita punya suami yang ringan tulang. Tidak hanya penat melahirkan dan mengandung anak sehingga 9 bulan, tidak terbeban rasanya jika punyai suami yang memahami dan cuba membalas budi seorang isteri, Menjaga anak dan turut bantu isterinya di rumah, Itulah suami mithali yang diidamkan semua wanita, Tidak sia-sia kandungkan dan lahirkan anak.

suami ringan tulang

Dalam Islam kemuliaan status bapa dinyatakan juga dalam hadis daripada Abdullah Ibn Amr, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:''keredaan Allah terletak kepada keredaan bapa dan kemurkaan Allah juga terletak kepada kemurkaan bapa.''(Hadis riwayat at-Tarmizi)

Kemahiran diperlukan seorang lelaki bergelar bapa:

a) Kemahiran menjadi suami yang disayangi, dihormati dan disanjungi
oleh pasangan masing-masing.
b) Ia merangkumi kemahiran memahami perasaan isteri, menghormati
perbezaan pendapat yang mungkin berlaku dan seterusnya kebolehan
menyusun strategi bersama pasangan dalam mendidik serta membangunkan
keluarga atau dalam kata lain, prihatin, bijak juga matang
c) Pepatah ada mengatakan bahawa "hadiah terbaik dari seorang bapa
kepada anaknya adalah menyayangi ibu mereka''. Lantas rasa itu
membentuk perasaan hormat anak kepada bapa yang langsung membenihkan
sifat kasih sayang kepada bapa.

Berikut beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk meringinkan tugasan harian isteri anda.

 

1. Mengemas Tempat Tidur

Setiapkali bangun tidur pada setiap pagi, cubalah ringan tulang untuk mengemas tempat tidur. Kali pertama melakukannya sudah pasti anda akan terkejut dengan reaksi yang ditunjukkan oleh isteri anda.

 

2. Membersihkan Bilik Air

Bilik air adalah tempat yang perlu dibersihkan selalu supaya anda dan isteri tidak berasa jijik untuk menjejakinya.Jika tugas membersihkan bilik air itu digalas oleh isteri anda, ada baiknya anda mengambil alih tugas tersebut.

 

3. Letak Pakaian Kotor Dalam Bakul Cucian

Cuba letak segala pakaian kotor anda di dalam bakul cucian, dan bukannya di lantai, di sepah merata, di sidai di kerusi makan dan sebagainya. Lagi bagus, jika anda ambil semua pakaian kotor yang ada dan terus dicuci menggunakan mesin basuh.Setelah siap, tolong jemur sekali ya!

 

4. Buang Sisa Makanan Ke Dalam Tong Sampah

Jika anda berniat untuk membantu isteri anda untuk mencuci pinggan mangkuk selepas menikmati hidangan, buang segala sisa makanan ke dalam tong sampah terlebih dahulu.Agar sinki tidak tersumbat di kemudian hari. Jika anda malas untuk mencucinya, anda boleh cuba ringankan tulang untuk membantu isteri menyimpan pinggan mangkuk yang sudah siap dicuci dan dibilas di tempat yang sepatutnya.

 

5. Bantu Isteri Di Dapur

Sesekali cubalah buat kejutan buat isteri anda walaupun anda tahu tugas memasak adalah umumnya di lakukan oleh seorang wanita.Jika tidak pandai memasak, cubalah bantu isteri di dapur sudah pasti ia akan membuatkan hubungan anda suami isteri menjadi lebih mesra dan bahagia.

 

Nilai penting yang perlu ada dalam diri seorang bapa dan suami tentunya kesabaran dan bijak memahami sifat serta tingkah laku anak. Beruntung seorang wanita jika berdampingan dengan lelaki yang ringan tulang membantu kerja rumah, menguruskan anak, berkomunikasi dan tidak mengabaikan prestasi pendidikan anak. Hubungan yang rapat yang terbina mewujudkan satu situasi yang mana anak-anak lebih mendengar cakap, malah hormat terhadap bapanya.

 

No comments: