Saturday, 10 October 2015

RAHSIA HATI SEORANG LELAKI ?

RAHSIA HATI SEORANG LELAKI ? - Abang sado ? Hanya pada nama dan fizikalnya. Tidakkah anda tahu semakin sado diri mereka , semakin sado kemanjaan mereka dan hati mereka. Tiada istilah ego lagi sekiranya dia menyintai seorang gadis, wanita atau perempuan itu. Anda perlu tahu rahsia rahsia hati yang bakal dibongkarkan.

Anda masih boleh mengetahui keperibadian si dia yang anda sukai dengan menilai hatinya melalui apa yang telah terjadi di antara kalian. Semak

hati lelaki

1. Si Dia Sengaja Minta Putus

Ada tak anda perasan dengan sikap si dia yang nampak pelik sejak kebelakangan ini. Kalau ada, lebih baik berjaga-jaga. Mungkin si dia dah mula rasa kurang selesa dengan anda atau terdapat orang ketiga di sebaliknya!

Lelaki sebenarnya sukar meminta putus, tapi selalunya akan memberi tanda-tanda seperti bersikap dingin dan kurang memberi perhatian sehinggalah anda sendiri yang meminta putus. Tapi perlu tahu juga kenapa dia begitu. Boleh jadi sikap anda yang membosankannya.Perhatikan juga kalau-kalau si dia sering marah-marah tanpa sebab yang pasti. Itu juga antara tanda-tanda si dia mahu minta putus.

Bahasa lelaki adalah berlainan Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

2. Lelaki Juga Ada Rasa ‘Nervous’

Walaupun anda melihat lelaki sebagai makhluk yang ‘sado’ dan extrovert, jangan tak percaya, mereka juga turut nervous berhadapan dengan gadis idamannya. Apatah lagi bila mereka cuba mengurat gadis tersebut. Pasti dup-dap-dup-dap jantungnya.Lelaki akan lebih nervous ketika menunggu keputusan daripada anda. Kalau si dia menggunakan cara klasik iaitu berbalas surat, lagilah si dia berdebar menunggu balasan surat.

=Lelaki suka membisu Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

3. Pantang Menyerah Kalah

Tak ada salahnya kalau anda bermain tarik tali dengan lelaki yang anda sukai. Dengan membiarkan lelaki menunggu begitu, mereka akan lebih gigih cuba mendapatkan anda. Bagi mereka, wanita yang ‘jual mahal’ ini lebih bernilai dan pasti susah juga dilepaskan nanti.Kalau pun mereka tak berjaya mendapatkan anda, apa yang pasti dalam hatinya akan selalu ada anda,

=Lelaki tidak kompleks Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

4. Serasi Atau Tidak

Jika anda tengok lelaki yang menyukai anda bersikap gila-gila atau kebudak-budakan, itu maknanya dia cuba menyesuaikan diri dengan anda. Bukan tak serius tau!Mungkin mereka mahu melihat adakah betul-betul wanita yang serasi bersama atau hanya sesuai berkawan sahaja.

=Jangan paksa lelaki Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

5. Lelaki Juga Mahu Didengari

Bukan wanita saja yang suka meluah perasaan tentang lelaki kepada sahabat. Hakikatnya, lelaki juga begitu. Lagi-lagi kalau hatinya sudah tak tertanggung lagi menahan resah. Tapi lelaki yang mengadu masalah percintaan mereka kepada wanita akan kelihatan lebih cute.

=Lelaki berahsia dengan lelaki lain Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki mesra tanpa beremosi Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.

No comments: