INI DIA KEGUNAAN KULIT PISANG YANG PATUT ANDA TAHU | Tahukah anda kulit pisang mempunyai manfaat pelbagai guna. Antara manfaat kulit pisang adalah menyuburkan tanaman. Ia boleh digunakan untuk kompos.Caranya kulit pisang dipotong-potong dan taburkannya pada tanaman. Ia akan membuatkan tanah menjadi subur.
Kulit pisang juga boleh digunakan untuk menyiram tanaman. Ambil kulit pisang dan rendam dengan air.Kemudian campurkan air tersebut kepada 5 bahagian air bersih.Lalu siram pada tanaman tersebut.
Kulit pisang juga dapat menyembuhkan luka. Caranya gosokkan kulit pisang dibahagian yang terluka atau tampal dibahagian luka.
Kulit pisang berfungsi mengilaukan bahan kulit. Hanya gosokkan kulit pisang pada kasut atau beg yang diperbuat dari kulit. Ia akan membuatkan kasut atau beg tersebut kelihatan berkilat.
Kutil juga boleh dihilangkan dengan menggunakan kulit pisang. Caranya tampalkan kulit pisang pada kutil tersebut dan biarkan semalaman.
Sumber-babab.net
No comments:
Post a Comment